Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Dari Gaji Harian ke Gram Harian

Last updated: 24/04/2025

Bila Setiap Sen Jadi Simpanan Bernilai

Dalam dunia yang serba pantas ini, tak semua orang dibayar gaji hujung bulan. Ada yang hari-hari bekerja, hari-hari dibayar. Penjaja pagi, rider Grab dan Food Panda, tukang gunting rambut, pekerja freelance, jurujual komisen harian, semuanya pejuang ekonomi yang jarang diberi perhatian.

Soalnya, macam mana nak menyimpan bila duit masuk tak menentu?

Macam mana nak rancang masa depan kalau hari ini pun kita masih kira baki syiling?

Jawapannya mungkin tak seglamour orang fikir. Tapi ia realistik. Dan ia bermula dengan satu perkara iaitu simpanan emas!

 

Hari Gaji Harian, Tapi Tak Ada Hari Simpanan?

Kita biasa mendengar “gaji masuk, duit lesap”.

Bila gaji harian, cabarannya lagi besar! Hari ni dapat RM80, esok tinggal RM20. Belanja dapur, minyak motor, topup anak sekolah, semuanya perlu diberi perhatian.

Tapi apa jadi kalau setiap kali duit masuk, kita terus asingkan sedikit untuk diri sendiri? Bukan untuk belanja, tapi untuk disimpan dalam bentuk emas.

Bukan banyak pun. RM10 sehari pun dah memadai. Atau kalau ada duit lebih  0.1g sehari pun boleh. Guna aplikasi simpanan emas yang ada sekarang, di GBS anda boleh mula serendah RM10, bukan hanya dewasa, kanak-kanak, pelajar sekolah pun boleh. Bukan mustahil, cuma perlukan sedikit tekad dan usaha!

 

Emas: Simpanan Yang ‘Degil’ Dibanding Duit Tunai

Duit tunai sangat fleksibel dan faktor inilah yang menjadi masalahnya. Sekejap je hilang. Hari ni ada RM50, esok RM30 tu dah lesap entah ke mana. Lesap tanta jejak!

Tapi emas lain!

Bila dah ditukar jadi emas, nak keluarkan semula bukan semudah swipe kad sebab emas ni 'degil' tapi itulah kebaikan yang sebenarnya. Tanpa disedari, ia memaksa kita menyimpan. Ia memaksa kita fikir dua kali sebelum gunakan. Sebab emas ni mudah 'pancing' hati kita, mudah buat kita sayang dan bila dah sayang, auto kita bimbang nak jual atau pajak.

Dan itulah yang diperlukan disiplin yang datang dari sistem.

 

Cerita Makcik Jual Kuih, Simpan Sikit-Sikit Jadi Bukit

Ada sebuah kisah benar tentang seorang makcik yang meniaga jual kuih tepi jalan.

Gaji harian dia tak sampai RM100. Tapi setiap kali dapat duit, dia akan asingkan RM10 ke RM30 untuk emas. Seminggu dapat lebih 0.1g. Tak banyak, tapi konsisten!

Lepas setahun, dia dah ada hampir 5g emas. Pertama kali dalam hidup dia ada simpanan yang tak ‘terguna’ tanpa sedar.

Bila anak dia sakit dan perlukan duit kecemasan, emas itulah yang selamatkan dia. Tak perlu berhutang, tak perlu minta ihsan orang. Itulah nilai sebenar, bukan semata-mata gram, tapi rasa tenang dan berdikari.

 

Gaji Harian, Gram Harian – Satu Disiplin, Satu Impian

Bayangkan begini:

  • Gaji harian RM70.

  • Asingkan RM10 setiap hari.

  • Sebulan: RM10 x 30 = RM300

  • Dengan RM150, awak dah boleh beli sekitar 0.5g emas sebulan.

Setahun? Lebih kurang 6g emas.

6g tu mungkin tak nampak hebat bagi orang bergaji besar. Tapi bagi kita yang bermula dari kosong, itulah tanda kemenangan!

Dan itu baru permulaan. Bila kita mula simpan emas, kita mula rasa seronok. Kita rasa ‘nak lagi’. Jadi 'ketagih' dan lama-kelamaan, kita mula simpan bukan kerana mampu, tapi kerana kita dah tak sanggup hidup tanpa simpanan. Sehari tak simpan emas kita rasa bersalah pada diri.

 

Kalau orang lain Boleh, kita Pun Boleh!

Simpan emas bukan untuk orang kaya. Ia untuk orang yang bijak demi kebaikan masa depan. Dan bijak itu bukan pada banyaknya pendapatan, tapi pada cara kita uruskan pendapatan itu.

Hari ini, buat satu keputusan kecil:
Setiap kali dapat duit, asingkan dulu — bukan untuk bayar, tapi untuk simpan.
Dan simpan itu bukan dalam bentuk tunai yang mudah lesap, tapi dalam emas yang teguh nilainya.

Bermula dari gaji harian, kini anda bertukar kepada gram harian.
Sedikit demi sedikit, anda sedang membina benteng masa depan.

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini — lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

 

More Articles