Last updated: 29/10/2024
Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) memperoleh cap dagang bagi Logo dan jenama GB Gold (GBGOLD) berkuatkuasa bagi tempoh 10 tahun bermula 13 Mac 2024.
Sesuatu logo, tanda dan jenama yang telah dipatenkan disertakan dengan Sijil Pendaftaran oleh Pejabat Pendaftar sebagai bukti pengesahan cap dagangan di bawah sesebuah perusahaan bagi tempoh tertentu.
Bukan sahaja sebagai pengesahan, sijil tersebut juga boleh dijadikan sebagai dokumen penting untuk sebarang urusan eksport produk ke luar negara.
Cap dagangan terdiri daripada sebarang huruf, perkataan, nama, tandatangan, logo, angka, jenama, bentuk barang atau bugkusannya yang dinyatakan sama ada secara grafik atau bentuk yang boleh membezakan sesuatu perusahaan dengan perusahaan yang lain.
Sesuatu cap dagangan secara tidak langsung berfungsi sebagai iklan paling mudah dan berkesan yang membolehkan pengguna mengenali serta membezakan sesebuah perusahaan dan barangan yang dijual.
Pengguna dan pembeli kini lebih cenderung menilai kualiti dan servis yang ditawarkan oleh sesebuah perusahaan atau syarikat dengan hanya melihat logo yang dipatenkan sahaja. Inilah kuasa logo di mana orang ramai mudah mengenalinya hanya dengan sekali pandang.
Sesuatu logo, tanda atau jenama yang telah dipatenkan merupakan hak eksklusif sesebuah perusahaan atau syarikat. Ini bermakna hanya pemilik perusahaan mempunyai hak eksklusif menggunakannya.
Sebarang peniruan, salah guna atau penggunaan tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pemiliknya.