Last updated: 01/07/2025
Shah Alam - Teka-teki tentang produk terbaharu yang dikeluarkan oleh GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) berakhir apabila video terbaharu yang disiarkan di laman Facebook milik Pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB yang disiarkan awal pagi ini memaparkan emas berbentuk keris.
Video yang berdurasi kurang 1 minit itu memperlihatkan perincian menarik dari segi ukiran pada emas, bilangan lekuk, kesenian Melayunya begitu menarik pandangan sehingga mendapat ratusan ltanda suka dan perkongsian.
"1 Julai 2025, detik yang menandakan bukan sekadar pelancaran. Tapi 'kelahiran semula' satu warisan yang lama dipendam dalam diam. Yang tak wajar dibiar reput tanpa pewaris. GB Gold Malaysia tampil dengan Pusaka Bangsa. Emas yang lain daripada lain. Bukan seni rekaan tanpa cerita. Tapi masterpiece agung yang dibina atas nadi jiwa, dicanai dengan semangat keturunan dan diangkat sebagai tanda, kita belum hilang arah.
"Setiap inci rekaannya menyimpan maksud. Setiap garisan yang tercoret ada sejarah yang mahu disampaikan. Bukan hiasan semata, tapi sarat peringatan tentang siapa kita serta dari mana asal dan kebangkitan kita," kata beliau.
Emas berbentuk keris pertama di Malaysia itu dilancarkan pada pukul 11 pagi dan mula di jual di website gbgold.my menerusi pembelian secara outright.
-
More News