Processing...

Newsroom

GB Gold Malaysia terima kunjungan

Last updated: 24/06/2024

Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) menerima kunjungan daripada Presiden Direktor Trans Retail Indonesia, Datuk Shafie Shamsuddin di HQ GB Gold Malaysia, baru-baru ini.

Kunjungan bekas CEO dan Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad & AEON Big Sdn. Bhd. itu disambut baik oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen.

Menurut beliau, pertemuan kira-kira 2 jam itu sarat dengan perbincangan serta hala tuju perniagaan GB Gold.

"Banyak nasihat berkenaan misi dan visi yang lebih jelas, nasihat tentang pengurusan risiko dan kawalan risiko syarikat yang ramai terlepas pandang dan nasihat tentang pengurusan kewangan.

"Banyak ilmu-ilmu baharu, ilmu korporat serta ilmu rangkaian yang besar sehingga saya rasakan ilmu yang ada ini terlalu kecil," katanya.

 

 

More News