Tuan GB umum kemaskini patuh syariah bagi Pelanggan VIP
Last updated: 30/05/2025
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB mengumumkan tentang perolehan terbaharu Patuh Shariah berkaitan Pelanggan VIP (VIP customer).
Beliau berkongsi berita gembira tersebut di Laman Facebooknya hari ini dan perolehan terkini itu telah pun dikemaskini dalam Sijil Shariah GB Gold Sdn. Bhd. di bahagian (h) VIP Customer, affiliate program and dealership mechanism.
Kemaskini tersebut disahkan oleh Panel Syariah GB Gold Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman.
Kemaskini itu khas buat pelanggan yang membuat pembelian emas SECARA VIP dan tawaran istimewa ini bakal bermula 1 Jun 2025.
Ia secara tak langsung membuka ruang buat para pelanggan yang berjaya mendapat VIP Customer menambah keseronokan dalam menyimpan emas sambil memperolehi manfaat tertentu yang pastinya akan membuat ramai yang gembira.
Anda yang nak mendapatkan info lanjut boleh berhubung dengan Crown Mentor Dealer (CMD) empire masing-masing.
Bagi yang nak mendapatkan maklumat lanjut berkaitan affiliate bagi produk-produk tertentu GB Gold, boleh dapatkan link daripada GB Gold Malaysia.
More News