Last updated: 26/04/2025
Program Raya Raya Emas dan Celik emas yang julung kali diadakan di Kelantan hari ini mendapat sambutan daripada mereka yang ingin mendapatkan pelbagai info dan perkongsian daripada GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia).
Program yang di adakan di Dewan Imam As Syafie, Masjid Mukim Wakaf Bharu, Kelantan itu dihadiri daripada pelbagai peringkat usia.
Menariknya, perkongsian ilmu disampaikan sendiri daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB.
Turut hadir dan menyampaikan ilmu emas ialah Royal Mentor Dealer (RMD) GB Gold, Tuan Safri Sofyart.
Pada majlis sama, tetamu yang hadir berpeluang membuat pembelian emas goldbar dan dinar eksklusif keluaran GB Gold Malaysia dengan harga istimewa.
Sepanjang program, mereka yang hadir mengambil bertukar pendapat dan mengambil peluang bertanya pelbagai soalan berkaitan emas dan cara simpanannya.
More News