Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.
03-5524 3152 013-786 0916
customerservice@gbgold.my

My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog

14

May

Logam Alam Yang Menyimpan Nilai Merentasi Zaman

Emas merupakan antara logam semula jadi paling bernilai yang pernah ditemui manusia. Sejak ribuan tahun dahulu, emas bukan sahaja digunakan sebagai simbol kekayaan dan kemewahan, malah menjadi medium simpanan nilai yang diiktiraf di seluruh dunia. Walaupun dunia terus berubah dengan kemajuan teknologi, perubahan ekonomi, dan perkembangan sistem kewangan moden, emas tetap mengekalkan kedudukannya sebagai aset bernilai tinggi yang dipercayai oleh masyarakat global. Keistimewaan emas terletak pada sifatnya yang unik dan sukar digantikan. Ia tidak mudah rosak, tidak berkarat, serta mampu bertahan dalam tempoh yang sangat panjang tanpa menjejaskan kualitinya. Faktor ini menjadikan emas bukan sekadar logam biasa, tetapi simbol ketahanan ...

Continue Reading

13

May

Trend atau Keperluan? Kenapa Anak Muda Sekarang Mula Kejar Emas

Kalau dulu kita dengar orang tua-tua je yang suka simpan emas, tapi realiti hari ini suasananya dah berbeza 360 darjah. Ramai dalam kalangan anak muda pun dah mula bercakap tentang emas. Di media sosial misalnya, semakin banyak content berkaitan simpanan emas muncul di TikTok, Facebook dan Instagram. Ada yang mula beli goldbar kecil, ada yang kumpul dinar, malah ada juga yang sanggup potong perbelanjaan lain semata-mata nak mulakan simpanan emas. Persoalannya, adakah ia sekadar trend atau sebenarnya sudah jadi satu keperluan? Realitinya, ramai anak muda sekarang mula sedar hidup hari ini tak sama macam dulu. Kos sara hidup semakin tinggi, harga ...

Continue Reading

12

May

Kelebihan menyimpan dinar

Ramai orang ingat dinar cuma sekeping emas biasa, padahal di sebalik saiznya yang kecil itu, tersimpan satu bentuk kekuatan kewangan yang ramai mula sedar hari ini. Bila keadaan ekonomi semakin tak menentu, harga barang pula mula naik sedikit demi sedikit, ramai pula yang mula mencari sesuatu yang boleh menjaga nilai duit mereka untuk jangka panjang. Sebab itu simpanan dinar sekarang semakin mula mendapat perhatian. Ia bukan sekadar cantik dipandang mata, tetapi ada nilai yang boleh diwariskan, disimpan dan dijadikan pelindung kewangan. Antara kelebihan simpanan dinar ialah nilainya yang lebih stabil berbanding wang kertas. Tunai pula boleh susut nilai disebabkan inflasi, ...

Continue Reading

11

May

Dulu Simpan Duit Dalam Tabung, Sekarang Ramai Tukar Kepada Emas. Kenapa?

Kalau dulu, hampir setiap rumah mesti ada tabung. Ada yang simpan tunai dalam tabung buluh, ada yang berbentuk gajah, ada yang guna tin biskut, malah ada juga yang simpan duit bawah bantal. Setiap kali ada baki duit tak kira syiling atau duit kertas, kita masukkan dalam tabung dengan harapan hujung tahun nanti bolehlah guna untuk sesuatu. Waktu itu, rasa seronok bila dengar bunyi duit jatuh dalam tabung. Rasa macam 'selamat' sebab ada simpanan. Tapi sekarang, ramai yang mula mengubah cara menyimpan. Bukan sebab tabung tak bagus. Tetapi sebab ramai yang mula sedar satu perkara, duit yang disimpan lama-lama dalam bentuk ...

Continue Reading

08

May

Potensi Harga Dirham Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang.

Ramai orang masih memandang dirham hanya sebagai duit perak lama. Memandangkan hakikatnya, semakin ramai mula sedar bahawa dirham bukan sekadar koleksi, tapi satu bentuk simpanan nilai yang mempunyai potensi besar untuk masa depan. Hari ini mungkin masih ada yang rasa harga dirham ‘biasa-biasa’ je. Masih mampu beli. Masih rasa belum terdesak untuk simpan. Tapi cuba fikir sekejap. Kalau harga emas boleh berubah berkali-kali dalam beberapa tahun, adakah mustahil perak juga akan melalui fasa kenaikan yang besar? Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia hari ini yang semakin tak menentu. Inflasi meningkat, kos hidup makin tinggi.Nilai mata wang turun naik. ...

Continue Reading

07

May

Bina aset masa depan sedari awal

Aset masa depan bukan sesuatu yang wajar diperlekeh atau diambil ringan. Ia ibarat jaminan masa depan yang menjadi sahabat tatkala anda dalam kecemasan. Aset boleh jadi dalam bentuk rumah, kereta mewah, barangan berjenama atau emas yang disimpan. Tak kira berapa pun usia anda, anda wajar sedar betapa simpanan masa depan bukan untuk dicairkan sesuka hati. Yang dah ada simpanan emas, sebolehnya simpan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk menggandakan nilai aset sedia ada. Disiplin dalam simpanan emas dan konsisten juga antara resepi utama dalam memastikan anda berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Lagi awal anda mulakan simpanan nilai, lebih besar jaminan hidup dalam ketenangan. ...

Continue Reading

06

May

Anak muda hari ini terlalu terbiasa dengan gaya hidup mewah?

Apa implikasi dan keburukannya jika golongan ini terlalu didedahkan dengan gaya dan kemewahan tanpa pantauan? Mungkinkah akan menyebabkan mereka ini bertambah lalai dan lemah dari segi kebolehan mengawal kewangan peribadi daripada dibelanjakan secara berterusan tanpa kawalan. Selain tiada ilmu tentang simpanan nilai yang lebih selamat untuk menjaga nilai dan masa depan, golongan ini lebih terdedah kepada pelbagai risiko hutang. Sewajarnya anak muda didedahkan lebih awal dengan simpanan nilai. Di sinilah para ibu bapa memainkan peranannya yang sebenar. Bak kata orang lama, didikan awal anak-anak bermula di rumah. Bijak anak-anak dalam simpanan, lebih merujuk kepada bagaimana hebatnya ibu bapa menyampaikan ilmu ...

Continue Reading

05

May

Takut nak mulakan simpanan nilai? Atau perangkap persepsi?

Sedar atau tidak, simpanan nilai bukanlah sesuatu yang wajar kita nafikan kepentingannya. Sejak ribuan tahun, sama ada emas atau perak, masing-masing telah digunakan dengan meluas untuk pelbagai urusan terutama transaksi jual beli dan perdagangan. Malah, ada yang diangkat sebagai mata wang utama dunia ketika itu. Walaupun zaman bertukar ganti, emas mahupun perak tetap menjadi instrument yang mampu memegang nilai sebagai aset masa depan. Hari ini, bila bercakap tentang simpanan nilai, kesedaran kian meresapi namun, tak semua yang berani ambil risiko. Bukan sebab duit tak ada, bukan juga sebab duit tak cukup tapi sebab tanggapan salah yang tular sejak puluhan tahun ...

Continue Reading

04

May

Gaji ciput bukan alasan untuk korang 'tutup ruang' diri memiliki emas

Tahu tak kemajuan teknologi kini lebih memudahkan dan korang yang memasang impian untuk memiliki emas walaupun tiada duit sekepuk boleh mula buat simpanan sedikit demi sedikit. Menyimpan dengan jumlah yang kecil tapi konsisten sebenarnya beri harapan untuk yang bergaji kecil membina simpanan nilai untuk masa depan. Satu yang korang kena ingat, simpanan emas bukan untuk orang berduit sahaja. Semua golongan tak kira peringkat usia dan status berkelayakan punyai akaun emas untuk simpanan nilai. GB Gold Sdn. Bhd., menyedari kehendak dan amat memahami pelanggan-pelanggan yang mempunyai had pendapatan bulanan tapi berhasrat mempunyai simpanan masa depan. Justeru, tak mengambil masa lama, GB ...

Continue Reading

30

Apr

Harga emas junam, simpan atau jual?

Harga emas dah beberapa hari turun, tak stabil dan suasana terus berubah. Semalam, ramai yang tersenyum melihat angka naik. Rasa yakin, rasa tenang. Seolah-olah keputusan menyimpan emas itu paling tepat dalam hidup. Tapi hari ini, bila harga mula turun, perasaan itu perlahan-lahan bertukar. Dari tenang berubah menjadi resah. Dari yakin jadi ragu. Dan soalan yang sama mula berlegar-legar dalam kepala. “Patut ke aku jual sekarang atau terus simpan?” Kalau korang pernah rasa macam ini, percayalah itu normal. Kita manusia, memang mudah terkesan dengan apa yang kita nampak hari ini. Tapi dalam dunia simpanan nilai, keputusan terbaik jarang datang ...

Continue Reading