Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.
03-5524 3152 013-786 0916
customerservice@gbgold.my

My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Blog - Cetusan Minda

Kenapa Ramai Tunggu Harga Emas Turun Baru Nak Beli? Takut Rugi?

Last updated: 20/06/2026

Kalau diperhatikan, antara ayat yang paling kerap kita dengar setiap kali bercakap tentang emas,

"Tunggu dulu lah, nanti ada duit atau harga turun saya beli ye."

Ayat ini bukan lah salah. Tapi ada logiknya. Siapa yang tak suka beli dengan harga yang lebih rendah, betul tak??

Cuma persoalannya, berapa lama kita sanggup menunggu?

Sebulan?

Setahun?

Atau sehingga bertahun-tahun lamanya? Sampai orang ramai berjaya buat simpanan dan dah dapat pulangan kita bermula pun belum?

Hakikatnya, ramai yang menunggu harga emas turun bukan kerana mereka sedang membuat perancangan yang teliti. Sebaliknya, mereka sebenarnya 'takut' atau lokek nak buat keputusan. Takut tersalah ketika membeli. Takut harga turun selepas membeli. Dan paling utama, takut rugi.

Namun kalau kita melihat dari sudut yang lebih luas, ketakutan itu kadangkala menyebabkan kita kehilangan peluang yang lebih besar.

Orang yang berpengalaman dalam simpanan emas biasanya memahami satu perkara penting. Mereka tidak terlalu fokus kepada harga hari ini, sebaliknya lebih fokus kepada tempoh simpanan yang panjang.

Bayangkan seseorang membeli emas lima tahun lalu. Ketika itu, dia juga mungkin merasakan harga emas sudah mahal. Tetapi apabila melihat harga semasa hari ini, harga yang dianggap mahal suatu ketika dahulu sebenarnya jauh lebih murah.

Perkara yang sama berlaku, berulang kali dalam sejarah emas.

Setiap kali harga naik, ramai berkata mahal.

Setiap kali harga turun sedikit, ramai menunggu ia turun lebih rendah.

Akhirnya, mereka terus menunggu tanpa buat sebarang simpanan. Pada akhirnya, rugi tanpa sedar.

Sedangkan orang lain sudah mula menyimpan sedikit demi sedikit.

Dan di sinilah ramai yang terlepas memahami konsep sebenar simpanan emas.

Emas bukan tentang mencari harga paling murah sepanjang hayat. Emas sebenarnya adalah tentang mengubah sebahagian wang kepada aset yang mempunyai nilai dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang.

Jika terlalu mengejar harga terendah, kita mungkin tidak akan membeli langsung.

Cuba lihat dalam kehidupan seharian. Ketika membeli telefon baharu, ramai tidak menunggu harga jatuh sehingga 30 peratus. Ketika membeli pakaian berjenama, ramai tidak menunggu musim diskaun setiap kali. Malah ada yang sanggup membeli terus kerana takut kehabisan stok.

Namun apabila bercakap tentang emas, semuanya mahu menjadi pakar ramalan pasaran. Sedangkan hakikat dan realitinya tiada siapa yang mampu meramal harga dengan tepat setiap masa.

Sebab itu ramai pakar kewangan dan penyimpan emas yang berpengalaman memilih pendekatan lebih tenang. Mereka membeli secara konsisten mengikut kemampuan, tanpa terlalu memikirkan turun naik harga harian. Maksudnya tak kira harga naik atau turun mereka tetap membeli. Harga naik beli macam biasa harga turun beli lebih.

Mereka faham bahawa yang lebih penting bukan berapa harga emas ketika dibeli, tetapi berapa lama emas itu disimpan dan gram simpanan sentiasa ada penambahan.

Jika seseorang membeli 1 gram setiap bulan selama bertahun-tahun, dia sebenarnya sedang membina satu tabiat yang jauh lebih bernilai daripada sekadar menunggu harga idaman yang mungkin tidak akan kunjung tiba.

Kadangkala, kerugian terbesar bukanlah membeli pada harga yang sedikit tinggi.

Kerugian terbesar adalah apabila kita terlalu lama menunggu sehingga akhirnya tidak memiliki apa-apa.

Harga emas memang turun dan naik. Itu perkara biasa. Tapi masa yang berlalu tidak akan kembali.

Sebab itu orang yang berilmu melihat emas sebagai perjalanan jangka panjang, bukan perlumbaan mencari harga paling murah.

Kerana pada akhirnya, yang menentukan nilai simpanan bukanlah kebolehan meneka harga esok, tetapi disiplin untuk mula menyimpan hari ini.

 

---

Adakah Anda Masih Berfikir Dua Kali?

Kami faham. Keputusan untuk mula menyimpan emas bukan sesuatu yang mudah. Tetapi cuba tanyakan kepada diri anda:

- Adakah anda mahu melindungi kekayaan anda daripada inflasi?
- Adakah anda mahu aset yang kekal bernilai walaupun dunia menghadapi krisis?
- Adakah anda mahu memberikan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga anda?

Jika jawapannya "Ya", maka sudah tiba masanya untuk bertindak.

Bagaimana Anda Boleh Bermula dengan GB Gold?

Kami di GB Gold memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Oleh itu, kami menyediakan:

1. Simpanan Emas Serendah 1 Gram: Tidak perlu modal besar untuk bermula.
2. Pelan Simpanan Fleksibel: Anda boleh memilih untuk menyimpan emas secara berkala.
3. Sokongan Pelanggan: Pasukan kami sedia membantu anda memahami dan mengurus simpanan emas anda.

Simpan Emas, Simpan Masa Depan

Menyimpan emas adalah langkah bijak untuk melindungi masa depan kewangan anda. Tetapi jangan hanya percaya kata-kata ini lihat sendiri bagaimana emas boleh mengubah hidup anda.

Dengan GB Gold, anda bukan sahaja membeli emas. Anda membeli kestabilan, perlindungan, dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mulakan perjalanan simpanan emas anda hari ini bersama GB Gold. Masa depan anda bermula di sini.

Kunjungi laman web kami di [GB Gold](https://gbgold.my) atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada mereka yang bijak menyimpan emas untuk masa depan yang lebih terjamin!

More Articles