Processing...

Newsroom

Tuan GB umum pemenang pertama Pakej Umrah 2025

Last updated: 16/08/2024

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB mengumumkan, Musa Bin Yusuf sebagai pemenang Pakej Umrah 2025 untuk Cabutan Bertuah Simpanan ke Baitullah bagi Julai 2024.

Menurut beliau, pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini dan pemenang diingatkan datang ke HQ GB Gold Malaysia untuk menuntut hadiah dalam tempoh 5 hari daripada tarikh pengumuman.

"Daripada 3000 nama yang tersenarai, hanya seorang pemenang yang terpilih.

"Terima kasih kerana bersama dengan GB Gold. Jangan lupa kepada yang lain, anda masih lagi berpeluang untuk menang. Masih ada dua peluang lagi, iaitu bulan Ogos dan September, jadi teruskan menyimpan.

"Syaratnya senang, setiap pembelian pada bulan tersebut, 1 dinar bersamaan 1 penyertaan, kalau 10 dinar bersamaan 10 penyertaan," katanya.

 

More News