Last updated: 02/02/2026
GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) memperkenalkan dua design terbaharu sempena Tahun Baru Cina, GB Gold Year Of The Horse dan GB Gold Spirit Fire Horse hari ini.
Dua rekaan eksklusif seberat 1 gram setiap satu dengan padanan emas beketulenan 999.9 itu dihasilkan terhad kepada 100 unit setiap satu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd., Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB berkata, kedua-dua rekaan yang julung kali dihasilkan itu adalah eksklusif buat penggemar emas yang sentiasa menantikan kelainan daripada GB Gold.
Pembelian boleh dilakukan di laman sesawang rasmi GB Gold, gbgold.my menerusi pembelian secara outright sahaja.
More News