Azam setiap individu punyai simpanan emas seperti T20
Last updated: 04/12/2024
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐮!!
.
Alhamdulillah, selesai sudah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), bersiaran langsung di slot Nadi Seri Pagi, Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1, RTM pagi ini.
.
Pelbagai perkongsian telah disampaikan oleh Tuan GB termasuk berkenaan Seminar Emas GB Gold Kick Off 2025 yang bakal dianjurkan di IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 4 Januari 2025.
.
Menariknya, golongan sasar terutama B40 digalakkan menyertai seminar julung kali diadakan itu bagi mengetahui pelbagai tips menjana pendapatan bersama GB Gold Malaysia.
.
Seminar yang menampilkan Tuan GB sendiri sebagai salah seorang pakar, akan berkongsi bagaimana golongan B40 yang ingin menambah pendapatan mempunyai simpanan emas seperti golongan T20.
.
Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar juga dijangka hadir pada seminar yang terhad kepada 400 orang itu.
.
Sementara itu, siaran langsung yang juga boleh diakses menerusi FB Page Selamat Pagi Malaysia, Nadi Seri Pagi itu turut dihadiri oleh Royal Mentor Dealer (RMD) GB Gold Malaysia, Tuan Safri Sofyart.
.
Produk terbaharu GB Gold, Jom Selawat yang terdiri daripada Selawat Nabi, Selawat Jibril dan Selawat Syafaat turut diperkenalkan kepada penonton TV1.