Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout. If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB, menyifatkan pengiktirafan Crown Of Commerce Brand Award, adalah kemenangan semua pihak yang menyokong perkembangan GB Gold sejak awal penglibatan.
"Alhamdulillah, hari ini GB dapat satu lagi awards, anugerah ini bukan untuk saya tapi untuk semua pelanggan GB Gold yang berdaftar, penyimpan emas, ahli keluarga dan team GB Gold, ini adalah untuk anda semua.
"Harapan saya, semoga lebih ramai yang celik emas dan mahu menyimpan emas, semoga tahun ini berjaya mendaftarkan 100,000 ahli berdaftar dan teruskan menyokong GB Gold," katanya.
Program anjuran Islamic Distinguished Enterprise Award 2025 (IDEA Award 2025), di Putrajaya itu adalah bagi mengiktiraf syarikan dan para usahawan syarikat Islam yang berjaya menonjol di negara ini.
Ia memberi pengiktirafan tertinggi yang mengangkat nilai integriti syarikat berlandaskan kepercayaan nilai Islam dalam etika dan pematuhannya.