Processing...

Newsroom

𝐆𝐁 𝐆𝐨π₯𝐝 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐣𝐚 Surat Dari Rafah

Last updated: 26/07/2024

 

Surat dari Rafah, karya gandingan Srikandi Emma dan Maryam Tarmizi yang bakal meruntun jiwa penonton bakal ditayangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam.
 
Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) berbesar hati menjadi antara barisan penaja bagi persembahan yang bakal berlangsung pada 31 Julai 2024.
 
Naskah tersebut mengangkat isu perperangan di Palestin di mana Rafah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung diserang tanpa belas ihsan berikutan konflik yang tiada berkesudahan sejak Oktober tahun lepas.
 
Pengasas Fullstag Artelier, Amalina Yusoff memberitahu, persembahan itu secara tak langsung melibatkan pelajar SMK Seksyen 19 dalam menguruskan produksi bagi tujuan memupuk minat mereka dalam seni persembahan.

 

Sinopsis:

Campsite Rafah akan menjadi zone selamat untuk merawat kanak-kanak, wanita dan orang tua apabila Israel masih tidak berhenti membedil Gaza semenjak Oktober yang lalu" 

Kini telah masuk 9 bulan semenjak konflik Palestin-Israel terletus pada Oktober 2023, dan semenjak itu juga Israel terus menerus melakukan Jenayah Perang dengan menyerang orang awam. Ini bukan lagi perang, ini bukan lagi konflik agama, bukan juga penjajahan. Ini adalah Genocide! 

Produksi Fullstag dengan Kerjasama Produksi D'Stellaz SMK Syeksen 19 Shah Alam membawakan pementasan tertutup di SMK Syeksen 19 Shah Alam. 

"Surat dari Rafah" sebuah kisah persahabatan Aisyah dan Maryam yang berasal dari palestine namun berada di tempat yang berbeza. Maryam yang memutuskan untuk menyambung pelajaran di Malaysia mula berutus surat dengan Aishah di Rafah, Palestine. Aishah yang mula menceritakan tentang Gaza diserang Israel lagi dan mereka di Rafah sedang bersedia menerima saudara mereka yang melarikan diri selepas di jarah tentera Israel. 

"Surat Dari Rafah" adalah sebuah naskah yang ingin mengetengahkan isu Palestine dengan membawa penceritaan sejarah bagaimana Israel menjarah bumi Palestine tanpa perikemanusiaan. Penderitaan yang dialami bumi Palestine bukan lagi sebuah perang tetapi sebuah pembunuhan beramai-ramai (Genocide). 

Pementasan ini adalah salah satu inisiatif dari Produksi Fullstag dengan Kerjasama SMK Syeksen 19 Shah Alam bersama Avicenna Studio dan AkramRahim Works untuk membawakan Isu Palestine dengan menggunakankan medium pementasan teater. 

Pementasan ini juga mendapat sokongan dengan sumbangan dari beberapa individu yang juga mahukan inisiatif ini berterusan bagi terus memberikan pendedahan isu sebenar Palestine Israel. 

SURAT DARI RAFAH 
Karya : Srikandi Emma dan Maryam Tarmizi 
Arahan : Srikandi Emma

Lakonan : 
Srikandi Emma (@srikandiemma_) dan Maryam Tarmizi (@m_tarm)

Dibantu oleh :
Nana Halim (@nanaahalim)
Aizad Nurfitri (@ aijatpitri)
 β Shazwin Ishak  ( @shazwinishak_ )
Aina Radzi ( @nvbtrys)
Firdaus Rahim (@firdausrahim__)
farhana (@n_.frhn)
Kameel (@kmx_xl7)
aimirul azim (@azziimz._)
mai  (@nturmaillow_)
atilia  (@who.liaaaa_)
amir (@amr_.kim)
alieyya18 (@miaSLAY)
Delish (@xu_syazel)
Husna  (@huna_104)
Asilah Jamil

 

 

 

More News