Processing...
My Cart 0

Newsroom

Ucapan Tahun Baru daripada Pengasas GB Gold Malaysia

Last updated: 31/12/2024

Hari terakhir 2024. Semoga pengakhiran 2024 kita lalui dengan penuh kesyukuran atas segala pencapaian baik yang dah diperolehi.
.
Segala suka, duka, tangis dan tawa sepanjang 2024 biarkan menjadi ‘warna’ yang melengkapi kisah sepanjang 365 hari perjalanan yang bukan sekejap.
.
Biarpun hari ini labuhnya tirai 2024 tapi ia sebenarnya bukan pengakhiran tapi permulaan baharu untuk pencapaian yang lebih gemilang. Inilah masa untuk mencipta lebih banyak peluang dan ruang baru.
.
Atas segala pencapaian dan nikmat yang Allah SWT kurniakan, syukur GB panjangkan. Sampai satu tahap GB sendiri termenung jauh, mengimbau kembali segala jerih perih, keringat dan pengorbanan.
.
Atas segala kekurangan, kesedihan dan kekecewaan, kata-kata yang tak sedap didengar, biarlah ia menjadi pemangkin yang membakar semangat agar GB dan team lebih kuat dan utuh.
.
Kadang-kadang bila duduk termenung, sekilas satu per satu kenangan manis dan kisah kejayaan bermain di kotak minda. Alhamdulillah seperti yang diharapkan ia terlaksana atas izin Allah dan dipahatkan dalam diari 2024.
.
Bermula dengan pengiktirafan Patuh Syariah, kejayaan demi kejayaan dicatat oleh GB Gold, termasuklah perlantikan artis serba boleh Alif Satar sebagai Duta, jualan yang mencapai target dan sasaran ahli berdaftar.
.
Tak cukup dengan itu Emas Alif viral dan mendunia dengan catatan jualan 6000 unit dan pelbagai kolaborasi yang mencetus semangat berapi buat GB untuk membawa jenama GB Gold ke peringkat yang lebih tinggi.
.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah atas segala kemudahan yang Allah berikan.
.
Diberi peluang mempelajari dan mendalami cara orang luar berniaga dan bertemu dengan orang-orang hebat dalam perniagaan juga suatu yang cukup GB syukuri.
.
Bukan mudah orang-orang sebegini nak luangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Lantas lawatan kerja ke Jepun bersama team sebelum ini GB manfaatkan sebaiknya!
.
Tak dinafikan, dalam suka ada duka, dalam canda ada tangisnya.
.
Tidak hanya kisah kejayaan, ada juga kisah duka yang tak pernah diceritakan. Kisah yang memahat parut yang sehingga kini masih berbekas.
.
GB dan team pada Ramadan lalu pernah diuji, apabila tempahan yang dibuat ketika itu tak dapat disiapkan akibat kebakaran kilang. Rugi memanglah rugi, tapi disitulah titik tolak ujian dan cabaran yang Allah berikan.
.
Layakkah GB nak merungut atas ujian Allah?
.
GB juga manusia biasa, sakit, lelah dan letih itu dah jadi asam garam kehidupan. Mungkin kurang ambil serius tentang kesihatan menyebabkan GB terpaksa di rawat di hospital selama hampir seminggu baru-baru ini.
.
Namun, segalanya Allah permudahkan. Yang baik jadikan pedoman mana yang tak baik GB jadikan ikhtibar. Semoga dipermudahkan jalan kita semua menuju ke arah kebaikan. InsyaAllah.
.
Doakan GB dan team lebih rancak dan meledak di tahun 2025 ini ye.
.
InsyaAllah 'sepak mula' 2025 akan kita realisasikan dengan program GB Gold Kick Off 2025 pada 4 Januari 2025 nanti.
.
Doakan semua yang dirancang, Allah SWT izinkan dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Amin.
.
Untuk 2024 terima kasih atas segala kenangan manis yang terlakar, untuk 2025 assalammualaikum GB ucapkan.
.
More News