Processing...

Newsroom

Dinar Baitullah dapat sambutan ramai

Last updated: 07/07/2024

Produk terbaharu Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Dinar Baitullah yang di jual di platform laman sesawang bermula pukul 10 pagi ini mendapat sambutan ramai.

'Aura' produk cetusan ilham Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB itu terjual lebih 300 unit setakat dua jam dibuka untuk jualan.

Sebanyak 1000 unit dibuka untuk jualan menerusi platform tersebut.

Tuan GB turut bersiaran secara live kira-kira satu jam menerusi Tiktok GB Gold Malaysia.

Menariknya, beliau turut mengenakan pakaian ihram ketika melancarkan jualan Dinar Baitullah di Tiktok pagi ini.

Kad Dinar Baitullah berwarna putih keemasan, di mana dinarnya dihasilkan dalam 1 dinar (4.25g),  emas berketulenan 999.9.

Berbentuk kaabah, pada bahagian hadapan rekaan unik itu terukir perkataan 1 dinar, 4.25g , 999.9 dalam tulisan jawi.

Manakala pada bahagian belakangnya tertera perkataan GB Gold.

Dinar Baitullah merupakan rekaan berbentuk kaabah yang pertama di Malaysia dan dunia.

More News