Processing...

Newsroom

Jauh perjalanan luas pemandangan. 

Last updated: 17/10/2024

Alhamdulillah, lawatan kerja Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB bersama team, bermula 15 Oktober lalu bukan sekadar menjenguk peluang.

Malah, menilai bagaimana budaya dan cara kerja di negara matahari terbit itu boleh diaplikasikan dalam perjalanan kerja serta memperluaskan lagi ‘jenama’ GB Gold ke peringkat yang lebih tinggi.

Semalam, Tuan GB dan team berpeluang bertemu individu penting yang membuka langkah syarikat Aeon dalam mempelbagai rangkaian ke Asia.

Tanaka Tadashi, CEO pertama AEON dan  dianggap sebagai ‘master mind’ kerana telah berjaya membawa Aeon dan memperluaskan perniagaannya di Asia.

Beliau  individu yang memainkan peranan penting dalam membentuk AEON menjadi salah satu peruncit terbesar di Jepun dan Asia dan pentadbirannya, AEON telah mengalami pertumbuhan pesat dan berkembang bukan hanya di peringkat antarabangsa, tetapi juga di negara Asia Tenggara.

Tanaka Tadashi juga dikenali kerana pendekatan progresifnya terhadap pengurusan perniagaan yang menekankan pembangunan komuniti dan kelestarian. 

Strategi Tanaka yang memfokuskan pada pertumbuhan mampan bukan sahaja menekankan keuntungan syarikat tetapi juga tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana  AEON telah dikenali dengan inisiatif yang menyokong kelestarian alam sekitar, komuniti, dan produk mesra alam.

Di bawah kepimpinan Tanaka Tadashi, AEON telah mengutamakan inovasi dalam peruncitan dan mereka kemudian memperkenalkan konsep pasar raya besar dan pusat beli-belah pelbagai fungsi, yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Kini Tanaka Tadashi menyandang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Taiwan.

Jelas Tuan GB, dalam pertemuan tersebut Tanaka turut berkongsi bagaimana ruang pasaran di Jepun dan Taiwan boleh diterokai oleh pasaran emas.

Pertemuan yang padat dengan info dan perkongsian itu berlangsung selama 3 jam. 

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuklah market research  Jepun, ecosistem Jepun, rangkaian emas serta demand pembeli emas serta potensi emas di negara itu. 

Menurut Tuan GB, beliau dan team turut didedahkan tentang warisan perniagaa yang dijalankan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Jepun.

“Tak lokek dengan ilmu, beliau juga berkongsi secara mendalam bagaimana jika nak tawan ekonomi Taiwan pula,” katanya.


More News