Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

GB Gold Malaysia Persembah Emas Bentuk Keris Pertama di Malaysia

Last updated: 05/07/2025

Siapa kata simpan emas itu membosankan atau tak mendatangkan keuntungan? Yang cakap dan buat andaian macam tu, rugi besar! Sekali GB Gold Malaysia turun padang, terus mereka letak standard tinggi — bukan sekadar simpan, tapi simpan emas berbentuk keris, siap ukiran teliti, emas tulen 999.9. Terus rasa classy, tradisi, dan ada ‘legacy’. Budiey memang salute!

Syarikat yang dikemudi oleh Tuan Shahfizzam Bin Moideen ini bukan main-main bila cakap pasal warisan. Dia letak seni Melayu sebagai DNA produk, bukan sekadar tempel logo. “Edisi eksklusif ini menampilkan rekaan keris yang diukir halus dan diperbuat sepenuhnya daripada emas tulen 999.9, menjadikannya bukan sahaja lambang warisan yang harus dipelihara tetapi juga sebagai sebuah simpanan yang diyakini nilainya. Ia direka khusus untuk menarik perhatian pengumpul, pelabur serta pencinta seni warisan tempatan.”

Kenapa Keris? Budaya, Identiti, Nilai, Dan Aspirasi Anak Muda

Budiey suka tengok, akhirnya ada pemain industri yang berani bawa naratif warisan ke dalam dunia pelaburan. Keris tu bukan main letak saja. Ia bawa ‘roh’ budaya Melayu, simbol pahlawan, kebijaksanaan dan identiti bangsa. Nak cakap hype? Ini bukan hype kosong, tapi satu statement.

Budiey perasan, sekarang ni anak muda ramai dah celik emas. Tapi masalah, mereka selalu rasa emas tu produk ‘orang tua’. GB Gold patahkan stigma tu — emas keris ni bukan sekadar cantik, tapi boleh jadi ‘conversation starter’ bila lepak mamak! Lagi padu, produk ni memang limited, terus trigger FOMO.

GB Gold Malaysia Persembah Emas Bentuk Keris Pusaka Bangsa Pertama di Malaysia

 

Sasaran Jualan 30,000 Unit Bukan Main Saja, Tapi Disusun Dengan Strategi

Bayangkan, 30,000 unit bukan satu angka kecil. GB Gold bukan jenis syok sendiri. Mereka study market, nampak potensi collectors, investors, anak muda, dan geng ‘kayangan’ yang nak diversify aset tapi tetap ada ‘soul’. Pelancaran ni boleh jadi ‘game changer’ untuk trend simpanan emas tempatan.

Bagi Budiey, ini strategi long-term. Emas ni, kalau kita tengok sejarah, tak pernah lapuk, tak pernah susut nilai.Malah, masa krisis ekonomi, emas selalu naik. Tapi bila tambah nilai seni dan budaya, itu ‘double kill’! Dapat sentimental value, dapat capital gain, siapa tak nak?

GB Gold Malaysia, Simbol Keberanian Bisnes Melayu Dalam Era Ekonomi Tak Menentu

Budiey nak highlight, syarikat ni sebenarnya contoh terbaik usahawan Melayu berwawasan. Dalam keadaan ekonomi global unpredictable, ramai cari aset selamat. Tapi nak survive, kena berani, kena inovatif. GB Gold Malaysia tunjukkan bagaimana tradisi boleh diolah jadi kelebihan komersial, bukan beban!

Dalam masa sama, pelaburan emas bentuk keris ni juga sesuai sangat untuk dijadikan hadiah — sama ada untuk perkahwinan, ulang tahun, atau acara korporat. Bayangkan kalau dapat hadiah keris emas, confirm bukan calang-calang punya ‘gift’. Boleh buat cerita anak cucu nanti!

GB Gold Malaysia Persembah Emas Bentuk Keris Pusaka Bangsa Pertama di Malaysia

Dari Perspektif Kolektor: Potensi Nilai, Trend Dan Kenaikan Harga

Budiey memang yakin, dalam 5-10 tahun akan datang, siapa yang pegang emas edisi khas keris ni, boleh jadi ‘big winner’. Bukan sekadar sebab harga emas naik, tapi sebab produk rare, limited edition, dan ada story. Biasanya, barang rare macam ni, kalau masuk auction, boleh meletup harga berkali ganda. Lihat sahaja trend koleksi limited edition dalam pasaran global, semua jadi rebutan.

Kalau tanya Budiey, bukan saja golongan pelabur patut rebut peluang ni, malah sesiapa yang cintakan seni, budaya dan sejarah patut jadikan emas keris ni sebagai ‘trophy’ peribadi.

Jaminan Kualiti, Platform Digital Dan Masa Depan Emas Keris

Dari segi keselamatan, GB Gold Malaysia berani beri jaminan kualiti dan ketulenan. Budiey research, semua produk emas ni diiktiraf dan melalui kawalan mutu yang ketat. Lagi satu, cara pembelian pun makin mudah. Boleh order secara online, lepas tu tunggu je sampai rumah — selamat, private, exclusive!

Dan lagi, syarikat ni dah ada community sendiri. Ada team support, servis pelanggan yang tip-top, dan update harga secara real-time. Mereka pun siap ada plan untuk future design lain — bayangkan kalau lepas ni ada keris bertatah batu permata, atau collab dengan artis tempatan, makin meletup la jawabnya.

GB Gold Malaysia Persembah Emas Bentuk Keris Pusaka Bangsa Pertama di Malaysia

 

Apa Kata Budiey?

Budiey memang kagum dengan inisiatif ni. GB Gold Malaysia bukan sekadar buat duit, tapi ‘revive’ semula naratif budaya Melayu dalam bentuk moden dan sangat relevan. Untuk anak muda yang selalu rasa emas itu ‘old school’, inilah masa untuk mula kumpul aset yang bukan setakat boleh jana keuntungan, tapi ada nilai sentimental yang tinggi.

Tapi Budiey nak bagi satu nasihat – jangan simpan emas semata-mata sebab ‘hype’. Kena faham, setiap pelaburan ada risiko, ada potensi naik turun. Pastikan simpanan emas ni sebahagian daripada portfolio, bukan semua harap kat sini saja. Jangan ‘ikut-ikut’ tanpa ilmu. Kalau ada modal lebih, barulah all in. Kalau sekadar nak rasa jadi collector, ambil satu cukup untuk permulaan.

Secara jujur, emas keris ni ialah produk berani dan genius. Budiey yakin, ia bakal mengangkat budaya kita ke mata dunia dan letak nama Malaysia dalam peta inovasi pelaburan. Nak simpan, nak bagi hadiah, atau nak buat pameran, semuanya sesuai. Siapa cepat, dia dapat. Jangan sampai kena ‘scalper’ baru nak cari!

Ini masa kita simpan emas, ini masa kita bangga dengan warisan. Budiey dah sedia – anda bila lagi?

More News