Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Menang Emas 1KG: Rezeki Tak Disangka Dua Pemegang Golden Ticket Bulan Bintang Terrrrpaling Raya

Last updated: 31/03/2025

Menang Emas 1KG: Rezeki Tak Disangka Dua Pemegang Golden Ticket Bulan Bintang Terrrrpaling Raya

Peribahasa “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu” menggambarkan dengan tepat kisah dua pemenang bertuah kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya yang baru-baru ini membawa pulang hadiah utama berupa emas seberat 1 kilogram (1KG), tajaan GB Gold Malaysia, yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Dua individu yang tidak menyangka nasib baik mereka adalah Muhammad Abdul, yang lebih dikenali sebagai Apek, seorang pelajar, dan Muhammad Syafiq Abdullah, seorang juruteknik. Kedua-duanya memenangi hadiah tersebut setelah membeli produk Bulan Bintang dengan harga serendah RM200, sekaligus mengubah hidup mereka.

Berasal daripada keluarga sederhana, kemenangan ini memberi makna yang amat besar kepada Apek dan Syafiq.

 

 

Apek: Membalas Jasa Ibu Bapa

Bagi Apek, hadiah tersebut memberikan peluang untuk membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban demi membesarkannya. Apek berharap untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan haji, sebuah impian yang belum tercapai kerana mereka belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Kalau ada rezeki, saya mahu bawa mak dan ayah menunaikan haji tahun ini. Kami bukan datang dari keluarga yang senang. Kehidupan kami sederhana, dan kemenangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga serta merealisasikan impian mereka untuk ke Makkah,” kata Apek dengan penuh harapan.

Apek turut mengimbau kembali kenangan pahit semasa kecil, di mana bapanya terpaksa berjimat cermat untuk memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi. “Kadang-kadang saya bingung bagaimana mereka mampu membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Tapi Alhamdulillah, mereka berjaya. Sekarang tiba masanya untuk saya membalas jasa mereka,” tambahnya.

Syafiq: Rezeki untuk Persiapan Perkahwinan

Bagi Syafiq, yang baru sahaja bertunang pada Februari lalu, kemenangan ini datang pada waktu yang sangat tepat. Syafiq merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini, dan hadiah kemenangan tersebut akan digunakan untuk persiapan perkahwinannya.

“Saya juga berharap untuk membawa ibu saya menunaikan umrah. Ini adalah rezeki yang datang pada waktu yang tepat, dan saya bersyukur,” katanya.

Azzim Zahid Azmi: Doa untuk Pemenang

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, meluahkan rasa terharu apabila mengetahui niat murni kedua-dua pemenang untuk menggunakan hadiah mereka dengan cara yang bermanfaat.

“Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Dengan niat yang baik seperti ini, Insya-Allah, Allah pasti akan memudahkan segala urusan mereka. Kemenangan ini bukan sekadar rezeki, tetapi peluang untuk mereka membahagiakan insan tersayang,” ujar Azzim Zahid Azmi.

Fenomena Bulan Bintang Terrrrpaling Raya

Kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya terus menjadi fenomena setiap tahun, dengan pelbagai ganjaran menarik bagi para pelanggannya. Pada edisi kali ini, Bulan Bintang telah bekerjasama dengan GB Gold Malaysia yang menaja hadiah utama berupa emas 1KG bernilai RM500,000.

Selain itu, kempen ini turut meraikan pemenang lain seperti Muhammad Amirul Akmal Ishak, seorang jejaka berusia 24 tahun dari Kedah yang memenangi pakej menunaikan Haji. Pakej bernilai RM80,000 ini disumbangkan oleh jenama produk dandanan lelaki, Kahf, dalam kolaborasi dengan Bulan Bintang.

Kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya tahun ini menyaksikan kerjasama dengan jenama-jenama terkemuka seperti GB Gold, Kahf, Hausboom, AirAsia, dan banyak lagi. Dengan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan, kempen ini semakin mendapat perhatian dan sokongan daripada para pelanggan setiap tahun.

More News