PENYANYI terkenal Alif Satar berbangga apabila dilantik sebagai duta GB Gold Malaysia sebagai usaha mendidik orang ramai mula menyimpan gold bar dan emas dinar sebagai simpanan pelaburan masa depan.
Kata pelantun lagu Anugerah Terindah itu, melabur wang ringgit dengan dua membeli emas tersebut sudah menjadi trend masyarakat hari ini kerana percaya dengan pelaburan jangka masa panjang ditambah pula pembeli tidak akan berasa rugi dengan pembelian mereka.
“Jual beli emas ini ada nilainya. Saya sangat gembira dengan kolaborasi ini. Sebenarnya sejak 10 tahun lalu saya sudah mula mengumpul gold bar dan emas dinar.
“Jadi bila pihak GB Gold tawarkan peluang untuk bekerjasama, saya memang tak ambil masa lama untuk fikir tawaran tu.
“Tak rugi kumpul gold bar dan emas dinar sebab pasaran harga sentiasa naik…sangat berbaloi. Lagipun ia sesuai untuk simpanan selain daripada kita menabung dengan wang ringgit,” katanya kepada URTV ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Memperkenalkan Alif Satar sebagai duta serta melancarkan emas gold bar dan emas rekaan baharu.
Pada masa sama, Alif sangat terharu apabila pihak GB Gold atau Grand Bullion Gold Sdn Bhd berbesar hati melancarkan gold bar dan Alif dinar berbentuk huruf Alif yang pertama di dunia.
“Ini satu keunikkan tentang gold bar Alif. Selalunya kita biasa lihat gold bar berbentuk petak dan bulat tapi istimewanya bagi pembeli GB Gold, mereka akan dapat bentuk Alif iaitu nama saya sendiri.
“Ia akan jadi siri koleksi yang sangat unik. Bila orang beli emas, tak akan ada istilah rugi,” ujarnya yang bersyukur apabila GB Gold akan menaja sepenuhnya konsert jelajah Alif Satar dan The Locos di United Kingdom pada sambutan ketujuh hari raya Aidilfitri nanti.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, pemilihan Alif dilihat bertepatan dengan fokus utama GB Gold menarik orang ramai untuk menyimpan emas sebagai jaminan masa hadapan.
“Alif dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi yang konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea-idea baharu, dan positif.
“Istimewanya, Alif selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.
“Kami melantik Alif sebagai duta sejak Mac lalu selama 15 bulan. Kami yakin dengan pengaruh yang dibawa oleh Alif selain dia juga pengumpul emas tegar sekaligus memiliki ilmu pelaburan gold bar dan wang dinar,” katanya.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman.
Tambah Shahfizzam, Alif Goldbar dan Alif 1Dinar merupakan produk edisi khas kolaborasi GB Gold Malaysia yang terhasil daripada emas tulen 999.9 di mana Alif Goldbar dihasilkan dengan berat 1 gram manakala Alif 1 Dinar seberat 4.25gram.
“Atas maklum balas positif yang diterima serta permintaan ramai, GB Gold Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 10,000 unit untuk Alif Goldbar dan 10,000 unit untuk Alif 1 Dinar.
“Selain bentuknya yang unik dan luar daripada kebiasaaan, produk edisi khas itu turut mempunyai ciri-ciri unik lainnya iaitu ukiran tulisan jawi ‘Hayya Alal Falah’ bermaksud Mari Menuju Kejayaan.
“Kami nak orang ramai buang stigma simpan emas hanya beri tekanan kepada sesuatu yang menyeronokkan,” jelasnya.
“GB Gold ingin menukar stigma menyimpan emas sesuatu yang memberi tekanan dan susah kepada ‘lifestyle’ dan sesuatu yang menyeronokkan,” kongsinya.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai rangkaian agen boleh dapatkan maklumat lanjut melalui talian 013 7860916 selain layari laman sesawang GBgold.my.
GB Gold turut memiliki kedai fizikal yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor bagi memudahkan orang ramai membuat urusan jual beli.