Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Gangguan akses sistem diatasi

Last updated: 02/02/2026

Makluman Kepada Semua Pelanggan,

Syarikat GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) mengambil maklum berhubung kesulitan yang dialami oleh para pelanggan susulan gangguan akses ke sistem GB Gold (gbgold.my) pada awal pagi tadi.

Untuk makluman, gangguan tersebut berpunca daripada peningkatan trafik yang berlaku di luar jangkaan berikutan penurunan harga emas menyebabkan peningkatan akses dan pembelian.

Pihak syarikat ingin memaklumkan bahawa isu berkenaan telah berjaya ditangani dan sistem kini beroperasi seperti sediakala.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran serta sokongan berterusan daripada para pelanggan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Sekian, terima kasih.

Daripada Pihak Pengurusan GB Gold Malaysia

More News