Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout. If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.
Makluman Penutupan Pengambilan Sendiri (Self-Pickup)
Last updated: 19/05/2025
Makluman Penutupan Pengambilan Sendiri (Self-Pickup)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak pengurusan GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) ingin memaklumkan bahawa pengambilan emas secara sendiri (self-pickup) dari Ibu Pejabat GB Gold akan ditutup berkuat kuasa Mei 2025 bagi tujuan penstrukturan semula operasi logistik syarikat.
Namun begitu, pengecualian diberikan kepada pelanggan yang ingin mengambil emas dengan berat 50 gram dan ke atas, yang masih dibenarkan untuk self-pickup atas permintaan dan janji temu terlebih dahulu.
1. Penghantaran Melalui Pos untuk Semua Pengeluaran Semua pembelian emas sama ada melalui proses withdrawal atau pembelian terus (outright) akan dihantar sepenuhnya melalui perkhidmatan pos. Langkah ini diambil bagi: * Mempercepatkan proses penghantaran; dan * Mengelakkan simpanan emas yang tidak dituntut melebihi tempoh masa yang dibenarkan.
2. Arahan Penting Semasa Menerima Parcel Demi menjaga hak pelanggan dan melindungi kedua-dua pihak, semua pelanggan DIWAJIBKAN membuat RAKAMAN video “unboxing” secara PENUH dari AWAL hingga AKHIR semasa membuka bungkusan parcel emas.
* Rakaman ini diperlukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau tuntutan. Tanpa bukti rakaman video “unboxing”, sebarang tuntutan tidak akan dapat diproses.
3. Lawatan ke HQ & Pembelian Tunai Tidak Dibenarkan * Pelanggan masih dialu-alukan untuk walk-in ke HQ GB Gold Malaysia bagi tujuan pendaftaran, pertanyaan dan pembelian secara terus. * Semua urusan di HQ adalah secara tanpa tunai (cashless). Sila pastikan kaedah pembayaran adalah melalui pemindahan bank.
4. Maklumat Lanjut & Pertanyaan Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui: a) Talian Hotline: 03-55243152 b) Laman Web: www.gbgold.my c) Media Sosial: TikTok/Instagram/Facebook: @gbgold.my
Kami menghargai kerjasama, kepercayaan dan sokongan berterusan daripada semua pelanggan serta penyimpan emas. Komitmen kami adalah untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan dan keselamatan aset anda.