Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Alif Satar Sambung Duta, GB Gold Pula Lancar Emas Bentuk Keris. Lengkap Warisan & Inspirasi!

Last updated: 06/07/2025

44
KONGSIAN

Menurut pengasas merangkap CEO GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Bin Moideen, edisi ni memang dia buat dengan penuh jiwa seni. Katanya,

“Emas berbentuk keris ni bukan sekadar untuk simpan nilai kekayaan, tapi juga untuk memartabatkan identiti budaya kita. Dan yang penting, dia tetap emas tulen 999.9, bukan main-main!”

Rekaan keris yang diukir halus tu datang dalam dua pilihan: 1 dinar dan juga jongkong emas 1 gram. Sasaran jualan mereka pun bukan kecil-kecil, 30,000 unit terus! Dan tengok pada sambutan orang kita yang suka benda unik-unik ni, tak mustahil terus habis stok nanti.

Menariknya, GB Gold tak buat produk ni untuk golongan pengumpul & pelabur je, tapi juga nak tarik minat anak muda supaya nampak emas ni bukanlah benda old-school semata-mata. Konsep dia: emas boleh jadi fun & penuh nilai budaya, tapi tetap kukuh sebagai perlindungan kekayaan, lebih-lebih lagi bila ekonomi dunia ni pun kadang naik kadang turun.

Dan sebagai bonus berita baik, GB Gold jugak umumkan satu lagi perkara yang ramai suka dengar, penyambungan kerjasama dengan Alif Satar sebagai duta rasmi GB Gold untuk tahun kedua berturut-turut.

“Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan artis serba boleh, Alif Satar, yang memang sinonim dengan nilai-nilai positif & inspirasi,” kata Shahfizzam.

Dengan koleksi emas keris & Alif Satar sebagai wajah jenama, GB Gold makin kukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam kategori emas berbentuk di Malaysia. Yang penting, mereka tetap jamin kualiti, ketulenan & nilai masa depan produk mereka.

Dari Artis Ke Usahawan, Alif Satar Kini Memudahkan Penghantaran Barang Jemaah Umrah!

Dengan koleksi eksklusif ni jugalah, GB Gold makin kukuhkan nama mereka sebagai peneraju dalam emas berbentuk yang kreatif di Malaysia. Dan jangan risau pasal ketulenan, kualiti & nilai masa depan, semua tu tetap dijamin.

Kalau korang rasa koleksi edisi terhad ni macam wajib ada, boleh cepat-cepat check out kat platform rasmi GB Gold. Boleh beli melalui TikTok Live, laman web rasmi mereka gbgold.my, atau pun wakil jualan terpilih. Tapi nasihat MURAI,  jangan tunggu lama-lama sebab benda cantik & rare macam ni memang cepat kena sambar.

Jadi… emas berbentuk keris? Kenapa tidak! Simpan nilai, jaga budaya, sambil-sambil bergaya.

 

 

More News