Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

๐†๐ ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ค๐จ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข ๐Š๐š๐š๐›๐š๐ก ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง '๐๐ฎ๐ฒ ๐Ž๐ง๐œ๐ž, ๐’๐ก๐ข๐ง๐ž ๐“๐ฐ๐ข๐œ๐ž'

Last updated: 22/11/2025



Shah Alam: GB Gold Malaysia (GB Gold) optimis mencapai jualan RM5 juta sepanjang November ini menerusi kempen istimewa 'Buy Once Shine Twice' dan pelancaran koleksi barunya, Kaabah Series.
.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Shahfizzam Moideen berkata, kempen itu pertama kali diperkenalkan oleh syarikat sempena bulan kelahirannya.
.
Katanya, lebih istimewa kempen 'Buy Once Shine Twice' menawarkan emas percuma bagi setiap pembelian tertentu, sekali gus mencetuskan lonjakan permintaan terutama dalam kalangan pengumpul dan penyimpan emas tegar.
.
"Selalunya pembeli emas hanya dapat resit, namun kali ini kami bagi emas balik, ini pertama kali dibuat dalam sejarah GB Gold dan hanya untuk bulan November sahaja," katanya kepada Bisnes Metro.
.
Menurutnya, pelanggan yang membeli 50 gram (g) emas akan mendapat 0.5g emas percuma, 100g emas ( 1g emas percuma), 500g (5g emas percuma), manakala 1,000g emas (10 g emas percuma) dan promosi eksklusif ini hanya sah di gbgold.my.
.
Shahfizzam berkata, siri koleksi emas keluaran GB Gold juga menunjukkan perkembangan positif, terutama koleksi baharu Makkah Series dan koleksi bertema kucing yang dilancarkan untuk peminat haiwan.
.
"Semua koleksi ada pengikut sendiri, koleksi Baitullah sebelum ini terjual 6,000 keping dan habis dalam tempoh sebulan, manakala koleksi kucing pula antara permintaan paling banyak yang diterima," katanya.
.
Mengulas mengenai harga emas terkini yang semakin meningkat, beliau berkata, harga emas kini berada pada paras sekitar RM581 segram (999.9), manakala paras RM700 segram sudah dicapai sebelum ini.
.
"Bagi tahun 2026, kami anggarkan harga emas berada antara RM800 hingga RM850 segram. Bagaimanapun untuk mencapai RM1,000 segram tidak mustahil, namun saya jangka boleh mencecah nilai itu dalam tempoh tiga tahun lagi.
.
"Perlu diingat, kita simpan emas bukan untuk kaya cepat dan pembeli kena tahu bila sesuai jual, bila perlu 'hold' dan bagaimana nak 'leverage' pembelian," katanya.
.
GB Gold kini memberi tumpuan kepada produk gold bar, sebelum memperluas kepada barangan kemas bermula tahun depan dengan rekaan yang lebih terkini.
.
Menurutnya, syarikat juga menyasarkan mempunyai 100,000 ahli berdaftar, berbanding 27,000 ahli ketika ini.
.
Selain itu, syarikat merancang membuka rangkaian Ar-Rahnu GB Gold bermula suku kedua 2026 dengan lokasi pertama di Lembah Klang.
.
Bacaan penuh boleh klik link di bawah:
.
Terima Kasih Harian Metro atas liputan dan penulisan yang diberikan
More News