Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Pelaksanaan e-KYC bermula 1 Oktober 2025

Last updated: 01/10/2025

Selaras dengan Klausa 28.1 dan Klausa 44 dalam Terma & Syarat Umum GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold), Syarikat memaklumkan bermula hari ini (1 Oktober 2025), kesemua dealer dan pelanggan wajib melengkapkan proses Electronic Know Your Customer (e-KYC) melalui laman sesawang rasmi GB Gold, gbgold.my

Pelaksanaan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada komitmen GB GOLD untuk:
1. Melindungi data peribadi pelanggan mengikut piawaian keselamatan global.
2. Meningkatkan tahap keselamatan sistem daripada pencerobohan maklumat.
3. Mencegah penipuan identiti yang semakin berisiko dalam era digital.

Sebagai tambahan, pelaksanaan ini turut mewajibkan semua ahli atau pelanggan yang mendaftar sebelum 1 Oktober 2025 untuk melengkapkan e-KYC bagi mengelakkan sebarang gangguan akses kepada sistem GB GOLD.

GB GOLD Malaysia telah mengintegrasikan teknologi e-KYC dan penyelesaian anti-penipuan global Group-IB (GIB) secara terus ke dalam platform kami.

Inisiatif ini diperkukuh dengan kerjasama strategik bersama CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS), sebuah agensi pelaporan kredit nombor satu negara di mana gabungan ini memastikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar, sistem keselamatan lebih efisien serta standard perlindungan data yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Proses ini akan melibatkan beberapa langkah penting termasuk:
1. Pengesahan identiti (nama penuh, NRIC, dan foto terkini).
2. Pengesahan maklumat penama.
3. Kemaskini data peribadi secara berkala untuk tujuan keselamatan.

Pelanggan dinasihatkan supaya segera melengkapkan proses e-KYC bagi memastikan kelancaran akses ke semua perkhidmatan di bawah platform GB GOLD.

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk pada pautan rasmi Terma & Syarat: www.gbgold.my

Untuk pertanyaan, sila hubungi talian rasmi 03-5524 3152.

More News