Last updated: 24/03/2024
Jualan pra tempahan untuk produk emas keluaran Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) disahkan patuh shariah.
Pengesahan itu diperakui dalam surat bertarikh 7 Mac 2024 yang ditandatangani oleh Penasihat Shariah, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, juga merupakan Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd.
Menurut surat tersebut, pengaturan pra tempahan membolehkan pelanggan membuat pesanan untuk produk yang belum tersedia untuk dijual dalam tempoh masa penghantaran yang ditetapkan.
Oleh kerana emas merupakan salah satu item ribawi, urusniaganya hendaklah mematuhi syarat Bai' al-Sarf. Jualan pra tempahan antara yang diberi perhatian dalam mematuhi keperluan shariah.
Penasihat shariah memutuskan bahawa jualan pra tempahan dibolehkan dengan syarat syarikat mematuhi beberapa keperluan untuk memastikan pematuhan prinsip shariah seperti yang diperuntukkan.
Keputusan penasihat shariah mengambil konsiderasi daripada resolusi shariah dalam 'Shariah Standard' No. 57 emas dan parameter dagangan yang dikeluarkan oleh Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI).
More News