Melalui majlis yang diadakan, GB Gold yakin mampu mengukuhkan kedudukan perniagaan jual beli emas dan kerjasama dengan artis serba itu dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai memilih emas sebagai simpanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah bulan lepas, pihaknya terus mengadakan kempen antaranya memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini hanya berbentuk petak dan bulat.
“Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi yang konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea-idea baharu, dan positif.
“Istimewanya Alif Satar selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian. Beliau juga merupakan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia.
Alif bukan sekadar membawa jenama GB Gold tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan.
“Sempena lantikan Alif Satar dengan kontrak sebagai duta selama 15 bulan bermula bulan ini (Mac) dilancarkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif juga yang pertama di Malaysia. Hasil perbincangan dengannya di atas rekaan huruf Alif itu diukir dan tertera hayya a’lal falah yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan, ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Memperkenalkan Alif Satar sebagai duta serta melancarkan emas gold bar dan emas rekaan baharu.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman.
Sempena pelancaran tersebut, GB Gold turut menjemput 1,000 tetamu untuk berbuka puasa bersama antaranya penyimpan- penyimpan emas , pelabur GB Gold Malaysia dan rakan dalam industri.
Shahfizzam menambah, di majlis yang sama pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.
“Selain bersua muka dan berbuka puasa bersama, kami turut menawarkan hadiah cabutan bertuah sehingga bernilai RM30,000. Lebih istimewa mereka yang membeli salah satu rekaan terbaharu jenama Alif Satar hari ini, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.
“Majlis juga terbuka kepada orang awam di mana idea ini tercetus sebagai membuka peluang kepada kami untuk berkongsi rezeki di bukan Ramadan yang mulia ini,” ujarnya.
Tambahnya GB Gold Malaysia bukan sekadar premis menjual emas tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran di kalangan khalayak terutama di kalangan golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu bentuk pelaburan jangka panjang.
“Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.
“GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul. Misalnya sebelum ini kebanyakannya gemar menyimpan emas perhiasan tetapi kini kita selangkah lebih baik mengajak menyimpan dalam bentuk gold bar dan dinar,” ujarnya.
Katanya lagi, selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, syarikatnya mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik serta sistem yang digunakan mampu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali- kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini.
Maklumat lanjut hubungi Grand Bullion Gold Sdn Bhd di talian 013 7860916 dan layari GBgold.my. – KopiPlanet.com