Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Tuan GB menangi 2 anugerah di 22nd Asia Pasific Entrepreneur Nobel Record 2025 in conjunction with The Asia Pasific Book Of The Top Recognition

Last updated: 16/08/2025

Pengasas GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB memenangi dua anugerah, Asia Pacific Entrepreneur Nobel Records kategori Excellence Emerging Entrepreneur dan Asia Pacific Book Of The Top kategori Asia Pacific Top Excellence Brand.

Pengiktirafan peringkat Asia Pasifik itu diterima beliau pada majlis 22nd Asia Pasific Entrepreneur Nobel Record 2025 in conjunction with The Asia Pasific Book Of The Top Recognition yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur malam tadi.

Program tersebut merupakan anjuran Asia Pacific TOP Excellence Brand Committee (APC) dimana pengiktirafan tersebut adalah bagi menghargai dan mengiktiraf perniagaan cemerlang di rantau Asia Pasifik. 

Ia merupakan anugerah berprestij yang memberi penghormatan kepada syarikat yang berjaya menunjukkan kepimpinan luar biasa, inovasi, dan pengaruh jenama.

Rekod Nobel Usahawan Asia Pasifik merupakan anugarah yang mengiktiraf perniagaan yang mencapai kejayaan dan impak besar dalam industri masing-masing serta sering menetapkan penanda aras baharu di samping menjadi inspirasi kepada pihak luar.

Asia Pacific TOP Excellence Brand Award pula merupakan anugerah khusus yang mengiktiraf jenama yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang mereka dan disenaraikan dalam Asia Pacific Book Of The Top Recognition.

Sekali lagi jutaan tahniah diucapkan kepada Tuan GB dan semoga GB Gold bergerak lebih cemerlang dan meledak pada masa akan datang. Semoga perjalanan GB Gold Malaysia semakin maju dan terus berkembang pada masa akan datang.

More News