Last updated: 18/03/2024
Sebagai sebuah peneraju industri emas, adalah penting nilai patuh shariah diterapkan dalam segenap aspek perniagaan yang dijalankan.
Berdepan pelanggan yang kebanyakkannya beragama Islam, Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) tidak menolak kewajipan dan bertanggungjawab memastikan patuh shariah diaplikasikan secara menyeluruh dalam setiap gerak kerja dan urusan jual beli.
Tidaklah mudah menyakinkan pelanggan terutama yang beragama Islam tentang patuh shariah kalau tidak dibuktikan dengan sijilnya.
Tambahan pula, apabila berkaitan dengan emas, aspek patuh shariah sering diperdebat dan dipersoalkan.
Alhamdulillah tarikh keramat 3 Mac 2024 akhirnya memahat sejarah besar buat GB Gold Malaysia dalam Majlis Pengiktirafan dan Penyerahan Sijil Patuh Shariah oleh Elzar Shariah Solutions & Advisory.
Majlis yang berlangsung di Petaling Jaya Selangor itu disempurnakan oleh Pengarah Urusannya, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman.
Turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Shahfizzam Moideen; Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd. Afiq Ahmad dan Pengurus Besar GB Gold Malaysia, Norhana Osman.
GB Gold Malaysia optimis pengiktirafan yang diberikan itu adalah langkah permulaan yang akan melonjak nama GB Gold Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
Susulan liputan meluas yang diberikan oleh pihak media secara tidak langsung telah menyebar dan mempromosikan nama GB Gold Malaysia ke seluruh negara sebagai peneraju industri emas patuh shariah.
Kepada semua pelanggan dari pelbagai bangsa terutamanya yang beragama Islam, berbelanja dan membelilah emas dari GB Gold Malaysia tanpa ragu.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.
More News