Processing...

Newsroom

Top Jewellery Seller TikTok Shop milik GB Gold Malaysia

Last updated: 14/06/2024

Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) diumumkan sebagai penerima Top Jewellery Seller TikTok Shop sempena Bazar Ramadan Raya 2024, April lalu.

Anugerah tersebut secara tidak langsung memberi satu lagi lembaran baharu buat GB Gold Malaysia bergerak selangkah lagi ke hadapan dalam perjalanan perniagaan.

Sebagai sebuah syarikat peneraju industri emas, kejayaan tersebut telah meluaskan lagi ruang buat GB Gold Malaysia yang diterajui oleh Pesasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB dalam meyakinkan dan memperoleh kepercayaan pelanggan sekali gus, menarik lebih ramai pelanggan dalam dan luar negara.

"Terima Kasih Mak dan Abah serta pasukan GB Gold Malaysia. Kejayaan ini untuk kita bersama. Percaya itu mahal, percaya itu kegembiraan," katanya.

 

 

 

More News