Processing...

Newsroom

GB GOLD LANTIK ALIF SATAR SEBAGAI DUTA, HASILKAN EMAS BERBENTUK HURUF ALIF

Last updated: 03/04/2024


KUALA LUMPUR: Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold) baru-baru ini melantik selebriti terkenal Alif Satar sebagai duta jenama tersebut.

Pelantikan individu yang terkenal dengan Gerakan Subuh Macam Jumaat itu antara usaha GB Gold untuk menarik minat orang ramai dalam penyimpanan emas.

Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen berkata, Alif merupakan individu yang mempunyai aura positif dan pemilihan beliau sebagai duta diharap dapat mendidik ramai orang berkenaan kelebihan menyimpan emas.

“Saya sangat suka perwatakan Alif Satar, contohnya Gerakan Subuh Macam Jumaat yang digerakannya.

“Beliau juga seorang yang ceria dan bersemangat jadi kita rasa Alif amat sesuai untuk menjadi duta dan mengajak orang buat perkara kebaikan seperti simpanan emas,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Memperkenalkan Alif Satar sebagai duta pada Jumaat.

Shahfizzam berkata dengan pelantikan duta baru itu, GB Gold turut melancarkan produk baharu iaitu Alif gold barr dan Alif dinar berbentuk huruf Alif yang merupakan rekaan yang pertama seperti itu di Malaysia.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut boleh membuat pesanan melalui laman web rasmi GB Gold Malaysia di http://www.gbgold.my.

Untuk rekod, GB Gold telah mendapatkan Sijil Patuh Syariah sebagai usaha memastikan perniagaan jual beli emas syarikat itu tidak melanggar syariat Islam.— AlHijrah Online

More News