Majlis Berbuka Puasa GB Gold 2026 meriah dengan kehadiran lebih 200 tetamu
Last updated: 06/03/2026
Majlis Berbuka Puasa GB Gold Malaysia 2026 yang berlangsung hari ini di Padang On Wheel Seksyen 13, Shah Alam, meriah dengan kehadiran lebih 200 tetamu.
Majlis yang dihadiri oleh tetamu jemputan khas itu dihadiri oleh Pengasas dan Ketua Pegawai eksekutif GB Gold Sdn. Bhd., Tuan Shahfizzam Moideen dan isteri, Puan Norhana Osman.
Kesemua tetamu jemputan yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status.
"Alhamdulillah, masing-masing yang hadir memenuhi jemputan berkumpul dalam suasana santai yang penuh kehangatan silaturahim," katanya.
Turut memeriahkan majlis ialah Duta GB Gold Malaysia, artis versatil yang tidak asing lagi iaitu Alif Satar. Kehadiran beliau menambah lagi seri dan kegembiraan buat para tetamu yang turut mengambil kesempatan bergambar sepanjang majlis tersebut.
Pada majlis tersebut, tetamu yang hadir tampil segak dan anggun dengan busana hari raya masing-masing, berwarna-warni dan penuh gaya, menjadikan suasana malam itu nampak ceria.
More News