Last updated: 03/08/2024
Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) menerima dua anugerah sempena Tiktok 6.6 Fiesta Hari Jadi, Top Rising Fashion Seller dan Tiktok 6.6 Fiesta Hari Jadi, Top 2 Fashion Seller.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen berkata, kemenangan tersebut bukan hanya membuka lebih peluang dan ruang buat GB Gold Malaysia untuk terus melangkah maju tetapi membangkitkan lagi semangat beliau untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.