Processing...

Newsroom

Gb Gold Malaysia terima kunjungan Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

Last updated: 03/06/2024

Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) ]menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di HQ GB Gold, hari ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB memberitahu, pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan berkaitan hala tuju perniagaan GB Gold pada masa akan datang.

"Beliau turut berkongsi pendapat dan idea yang berharga, yang GB yakin dapat membawa jenama GB GOLD ke tahap yang lebih tinggi.

"Sebagai seorang yang telah berjaya dalam dunia perniagaan, beliau berkata, kejayaan dalam perniagaan bukan hanya tentang keuntungan, tetapi juga tentang memberi nilai dan memberi impak positif kepada masyarakat.

"Kata-kata bijak ini memberi inspirasi kepada GB untuk terus memberikan yang terbaik dan berusaha ke arah kecemerlangan. Alhamdulillah, selepas perbincangan yang penuh inspirasi ini, GB merasa lebih bersemangat dan jelas tentang langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil," katanya.

Pertemuan tersebut diatur dengan kerjasama Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar.

 

More News