Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

GB Gold lancar Emas Keris, hampir 500 pelanggan meriahkan Meet & Greet

Last updated: 05/07/2025

Majlis pelancaran emas berbentuk keris pertama di Malaysia, Emas Keris, mendapat sambutan ramai apabila dihadiri kira-kira 500 pelanggan yang bukan hanya datang untuk membeli emas tetapi mendaftar sebagai pelanggan dan beramah mesra dengan Pengasas GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen serta Alif Satar.

Pada majlis tersebut, turut menyaksikan pengumuman penyambungan kontrak Alif Satar sebagai Duta Rasmi GB Gold Malaysia untuk tahun kedua.

"Alif dia baik, dia banyak membantu GB Gold dalam memberi pelbagai idea dan membuka lebih banyak ruang serta peluang untuk perjalanan kerjaya GB Gold.

"Alif juga banyak memberi pelbagai idea serta bertindak sebagai penasihat kepada GB Gold Malaysia," kata beliau.

Kebanyakan pelanggan yang datang bukan hanya membeli Emas Keris, malah mendapatkan pelbagai pakej Combo yang harga spread 5 peratus bagi pembelian secara outright sahaja.

Tawaran tersebut berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Ketika ditanya tentang Emas Keris, Tuan GB memberitahu kepada media, dia mensasarkan jualan sebanyak 30,000 unit menjelang hujung tahun ini.

.

 

More News