Last updated: 19/10/2024
Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), mengadakan pertemuan dengan pihak kedutaan Malaysia di Jepun dan Matrade Tokyo bagi mengadakan perbincangan berkaitan melebar luaskan rangkaian perniagaan GB Gold di Jepun.
Pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada agenda lawatan kerja Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB dan team ke Jepun.
Pihak Kedutaan Malaysia di Jepun diwakili oleh Kaunselor Kedutaan Malaysia di Jepun, Nora Azlinda Jaapar.
Manakala Matrade Tokyo diwakili oleh Pensuruhjaya Perdagangan Matrade Tokyo, Zuaziezie Zulkefli dan Penolong Pensuruhjaya Perdagangan Matrade Tokyo, Mohd. Hafizi Yusoff.
Matrade merupakan badan yang bertindak membangunkan perdagangan luar dengan menekankan eksport produk dan perkhidmatan. Selain memudahcara, Matrade juga membantu memberi khidmat nasihat dan mempromosi produk daripada Malaysia.
Secara tidak langsung, mengaktifkan jalinan ekonomi dua pihak terutama dalam kalangan syarikat-syarikat berpotensi ke Jepun.
Menurut Tuan GB, banyak makluman dan informasi yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.