Processing...

Newsroom

SIJIL PATUH SYARIAH TINGKAT INTEGRITI GB GOLD MALAYSIA

Last updated: 05/03/2024

 

KUALA LUMPUR: Nilai integriti sesebuah syarikat terutama yang menguruskan transaksi jual beli emas fizikal amat penting dalam memperoleh kepercayaan pelanggan.

Itu yang dilakukan Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) dengan mendapatkan Sijil Patuh Syariah sebagai usaha memastikan perniagaan jual beli emas syarikat itu tidak melanggar syariat Islam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, dengan penerimaan sijil patuh syariah dari Elzar Shariah Solution dan Advisory itu, ia membantu menambah nilai integriti syarikat dan meningkatkan keyakinan pelanggan terutama yang beragama Islam.

“Melalui sijil patuh syariah yang kita terima ini ia membantu untuk kenal pasti perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita laksanakan.

“Kadang-kadang bila kita fokus kejar jualan wujud kemungkinan tidak ikut peraturan-peraturan tertentu. Jadi bila ada penasihat syariah ini, dapat bimbing kita dan pastikan perniagaan kita ikut syariat Islam,” katanya.

Sementara itu Penasihat Syariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata setiap proses dan aktiviti penjualan emas GB Gold Malaysia disemak dengan teliti.

“Semakan dibuat dari sudut proses, pengilangnya dan kita juga lakukan semakan sistem diguna pakai untuk orang menjual dan membeli emas,” katanya.

Shahfizzam dan Dr Zaharuddin ditemui selepas Majlis Tandatangan dan Penyerahan Sijil Patuh Syariah GB Gold Malaysia di Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu Shahfizzam berkata, syarikatnya menyasarkan jualan sebanyak RM100 juta produk emas menjelang hujung tahun ini dan GB Gold Malaysia mempunyai lebih 1,000 ejen di seluruh negara.

Orang ramai yang ingin membeli emas di GB Gold Malaysia boleh layari laman sesawang https://linktr.ee/GBGoldCMD atau hubungi talian 013-7860916. — AlHijrah Online

More News