Last updated: 07/11/2024
Selepas kejayaan emas viral, Emas Alif yang terjual sebanyak 3000 unit, GB Gold Malaysia X Alif Satar kini tampil dengan taruhan terbaharu, One Ummah.
Edisi khas yang turut dikeluarkan dalam bentuk goldbar 1g dan 1 dinar seberat 4.25g itu terhasil bagi menghargai sokongan padu daripada pelanggan setia GB Gold Malaysia serta peminat kesayangan artis fenomena yang juga Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar.
Emas berbentuk huruf 'Alif' pertama di dunia itu bukan hanya berjaya menarik minat pengumpul emas di negara ini, malah Singapura dan Brunei.
Emas Alif merupakan paduan idea Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen dan Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar.
More News