Processing...

Newsroom

GB Gold Malaysia catat jualan memberangsangkan sempena Fiesta 6.6

Last updated: 14/06/2024

 

 

Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) mencatat jualan memberangsangkan pada jualan DDay sempena Fiesta 6.6 pada 6 Jun lalu.

Jualan secara LIVE menerusi Tiktok gbgoldmy itu menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan emas viral, GB Gold Malaysia X Alif Satar iaitu Emas Alif yang terdiri daripada Alif Goldbar dan Alif Dinar.

Jualan di platform dalam talian itu bermula kira-kira pukul 12 tengah malam itu mendapat sambutan dengan ramai yang tidak sabar menantikan pembukaan jualan Emas Alif.
 
Jualan menjadi semakin rancak apabila Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB dan Duta GB Gold Malaysia, Alif Satar bersiaran secara LIVE kira-kira pukul 10 pagi.

LIVE yang mendapat lebih 3000 kongsian dan tontonan menghampiri 1800 turut diikuti oleh selebriti terkenal Datuk Aznil Nawawi.

Berita tentang jualan DDay Sale 6.6 di Tiktok GB Gold Malaysia itu mendapat  telah mendapat liputan siaran media, Berita al-Hijrah.
 
Setakat tengahari, jualan emas GB Gold Malaysia termasuk Emas Alif dilaporkan telah mencatat nilai jualan melebihi setengah juta ringgit.
 
Kepada yang terlepas menyaksikan berita al-Hijrah, boleh klik pautan di bawah.
 
 
 
More News