Processing...
Welcome to GB Gold Malaysia.

News

Alif Satar duta GB Gold Malaysia

Last updated: 25/04/2024

GB Gold Malaysia memperkenalkan penyanyi, pelakon, pengacara, penerbit dan pempengaruh popular, Alif Satar sebagai Duta.

Kolaborasi ini mencipta sejarah tersendiri yang menjadi penanda aras buat perjalanan perniagaan GB Gold Malaysia dalam mengajak lebih ramai masyarakat celik emas dan manfaat yang bakal diperolehi dalam jangka masa panjang.

Secara tidak langsung, menambah warna buat perjalanan seni Alif Satar yang juga merupakan penyimpan dan pengumpul emas.

GB Gold Malaysia menganggap pemilihan penyanyi pencetus fenomena tersendiri yang popular dengan lagu Lelaki Seperti Aku itu adalah pemilihan tepat dan percaya kepada kebolehan Alif dalam menyampaikan pelbagai info tentang emas dan produk GB Gold Malaysia kepada masyarakat.

Imej bersih serta karisma Alif Satar yang sentiasa rendah diri antara kriteria utama pemilihannya sebagai duta selain bermotivasi tinggi dan mempunyai keperibadian positif di mata masyarakat.

Pengumuman Alif Satar sebagai Duta GB Gold Malaysia oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen itu dibuat pada Majlis Berbuka Puasa GB Gold Malaysia dan Alif Satar di Cheras pada 28 Mac lalu.

Pada majlis yang sama, GB Gold Malaysia turut melancarkan produk terbaharu, GB Gold Malaysia X Alif Satar, Emas Alif.

Emas berbentuk huruf Alif pertama di Malaysia itu mendapat sambutan dan komen positif daripada orang ramai kerana keunikannya serta rekatantuk dan kesenian Islamik yang ada padanya.

Pada bahagian hadapan goldbar seberat 1 gram dan 1 dinar (4.25g) itu tertera perkataan "Hayya Alal Falah' bermaksud mari menuju kejayaan.

 

More News