Processing...

Newsroom

GB Gold lancar Dinar Nabawi

Last updated: 10/10/2024

Inspirasi terindah Dinar Nabawi

Mengambil inspirasi daripada pintu Masjid An Nabawi, maka terlahirlah Dinar Nabawi yang menjadi koleksi terbaharu daripada syarikat Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia).

Dinar edisi terhad yang sarat nilai seni epik mampu menggetar jiwa serta menggamit memori kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke masjid tersebut.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB telah melancarkan Dinar Nabawi menerusi laman sosial Facebook dan Instagram miliknya pagi ini.

Menurutnya, Dinar Nabawi bukan hanya sarat dengan kesenian Islam, malah dipadankan dengan emas dinar berketulenan 999.9 

"Design istimewa ini diinspirasikan daripada pintu Masjid Nabawi.

"Secara peribadinya, bagi saya design ini seninya sangat indah dan menggamit jiwa sesiapa sahaja yang pernah melihat dan singgah ke sana.

"Alhamdulillah hari ini beri kejutan untuk semua.

"Setiap pembelian Dinar Nabawi di GBS hari ini sahaja akan dapat 5% spread," katanya.

 

More News