Last updated: 25/07/2024
Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) sekali lagi mencipta kelainan apabila menghasilkan produk terbaharu, botol susu paling mahal, 'Newborn goldbar' iaitu GB Gold Welcome Prince Bottle Gold Bar dan GB Gold Welcome Princess Bottle Gold Bar.
Produk goldbar itu merupakan kelangsungan idea luar kotak yang dihasilkan bagi memvariasikan lagi serta menambah warna terhadap landskap industri emas di negara ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB berkata, keunikan emas kali ini adalah pada rekaan berbentuk botol susu.
"Emas kali ini GB buat keunikan berbentuk BOTOL SUSU bagi kecomelan pada kad sampai level 300 peratus.
"Pada yang bergelar AYAH IBU, sila grab dan terus simpan goldbar pertama untuk setiap anak korang," katanya.
Sebelum ini, GB Gold Malaysia yang menampilkan artis fenomena, Alif Satar sebagai Duta, telah mencetus gelombang 'Emas Alif' dengan produk Alif Goldbar dan Alif Dinar di mana kedua-dua produk itu dihasilkan berbentuk huruf 'alif'.
Malah, Dinar Baitullah di mana emasnya dihasilkan berbentuk kaabah juga turut mendapat sambutan luar jangkaan.
-habis
More News