Processing...

Newsroom

Ahli berdaftar GB Gold Malaysia cecah lebih 10,000 orang

Last updated: 29/08/2024

Ahli berdaftar Grand Bullion Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) kini mencecah lebih 10,000 orang.

Angka tersebut diumumkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB menerusi laman sosial Facebook milik beliau hari ini.

"GB pada awalnya tak jangka, namun inilah impak ‘sambutan’ yang begitu menggalakkan daripada masyarakat di luar sana sejak GB Gold Malaysia ditubuhkan sehingga kini.

"Secara tak langsung, memperlihatkan bagaimana penerimaan terhadap GB Gold dan produk-produk yang dikeluarkan.
 
"Hari ini, GB berbesar hati mengumumkan, jumlah ahli yang berdaftar bersama GB Gold Malaysia kini telah melebihi 10,000 orang," katanya.
 
Jelas beliau, kejayaan tersebut adalah ‘cetusan’ daripada kehendak ramai yang mahukan GB Gold Malaysia dibawa ke satu tahap yang lebih maju selepas ini.
 

 

More News