Last updated: 12/12/2025
Syarikat GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) hari ini melancar koleksi emas perhiasan dan Meow Edition sempena Jualan Akhir Tahun 12.12 di platform dalam talian, Tiktok pagi ini.
Koleksi emas perhiasan 375 dan Meow Edition yang menampilkan lima design kad kucing yang dipadankan dengan emas seberat 1g setiap satu, berbentuk tapak kaki kucing berketulenan 999.9.
Kesemua koleksi itu dilancarkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB ketika sesi LIVE bersama Duta GB Gold, Alif Satar.
Koleksi Meow turut dijual di website rasmi GB Gold iaitu gbgold.my
Anda yang nak mendaftar dan dapatkan koleksi emas perhiasan atau golbar dan dinar eksklusif GB Gold boleh layari gbgold.my
More News