Processing...

Newsroom

Pertama Kali Dalam Sejarah! Gold Bar Unik Berbentuk ‘Alif’ Terukir ‘Hayya Alal Falah’, Alif Satar Dilantik Duta GB Gold

Last updated: 29/03/2024

 

Nampaknya rezeki selebriti versatil popular, Alif Satar tidak putus-putus dalam bidang hiburan dan perniagaan.

Aktif dengan gerakan Geng Subuh Macam Jumaat, Alif telah mencatat kejayaan tersendiri, pertama kali dalam sejarah dunia!

Baru-baru ini, gold bar eksklusif berbentuk Alif dilancarkan serentak dengan pelantikan Alif Satar sebagai duta produk emas, Grand Bullion Gold Sdn Bhd atau GB Gold.

Mendapat inspirasi abjad pertama Arab iaitu ‘Alif’, produk pertama di Malaysia berbentuk ‘Alif’ itu terhasil daripada emas tulen 999.9 di mana Alif Goldbar dihasilkan dengan berat 1 gram manakala Alif 1 Dinar seberat 4.25gram.

Selain bentuknya yang unik dan luar daripada kebiasaaan, produk edisi khas itu turut mempunyai ciri-ciri unik lainnya iaitu ukiran tulisan jawi ‘Hayya Alal Falah’ bermaksud Mari Menuju Kejayaan.

“Hanya 10,000 unit untuk Alif Goldbar dan 10,000 unit untuk Alif 1 Dinar dikeluarkan oleh GB Gold.

“Saya tahu kelebihan apabila mengumpul emas dan sudah 10 tahun sebenarnya saya mengumpul emas ni.

“Perbincangan kami bermula sejak tahun lalu selepas saya pulang daripada mengerjakan ibadah haji, saya mahu keluarkan sesuatu yang unik.

“Apabila idea (Alif gold bar & Alif 1 dinar) ditunjukkan pada saya, terus saya setuju. Ia akan menjadi siri koleksi yang unik. Orang membeli emas tak rugi,” katanya.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen, pemilihan Alif Satar sebagai Duta GB Gold Malaysia adalah atas keperibadian dan imej bersih yang ditonjolkan oleh selebriti berpengaruh itu.

“Istimewanya Alif kerana dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.

“Pada masa sama, dia juga merupakan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia.

“Jadi Alif Satar bukan sekadar membawa jenama GB Gold tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shahfizzam berkata, Alif Satar dilantik sebagai duta selama 15 bulan bermula bulan ini dengan pengenalan produk terbaru iaitu Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif juga yang pertama di Malaysia.

Pada majlis sama, GB Gold turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.

Dalam pada itu, kita juga akan membuka peluang menjana pendapatan bersama GB Gold Malaysia, buat yang berminat nak jadi ejen dan dealer.

Sesiapa yang membeli edisi khas 1 x Alif 1 Dinar boleh menjadi ejen. Manakala untuk menjadi dealer, perlu membeli 1 x Alif 1 Dinar + 5 x Alif Goldbar.

More News