Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

Kenyataan Rasmi Penasihat Shariah GB Gold Sdn. Bhd.perlaksanaan wakalah dalam transaksi jual beli emas atas talian.

Last updated: 18/04/2025

Kenyataan Rasmi Penasihat Shariah GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) mengenai perlaksanaan wakalah dalam transaksi jual beli emas atas talian.

Kepada semua pelanggan yang dihormati,

Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd., Dr. Zaharuddin Abd. Rahman selaku Penasihat Shariah kepada GB Gold Malaysia mengesahkan perlantikan daripada kalangan kakitangan syarikat dalam urusan transaksi jual beli emas secara dalam talian yang dijalankan melalui platform atas talian adalah mengikut garis panduan dan kehendak Shariah.

Oleh kerana emas dikategorikan sebagai barang ribawi, dan tertakhluk kepada hukum Bai’ al-Sarf, sebarang transaksi yang melibatkan pertukaran barangan ribawi hendaklah memenuhi rukun dan syarat Bai’ al-Sarf, termasuk syarat serahan (taqabudh) secara serta-merta (lani) dalam majlis akad yang sama.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Penasihat Shariah telah menasihatkan beberapa aturan berikut bagi memastikan transaksi ini memenuhi keperluan Shariah, termasuk:

  1. Emas yang diperuntukkan untuk transaksi GBS hendaklah benar-benar wujud (allocated) dan diasingkan secara fizikal atau sistematik (segregated) mengikut jenis jualan, termasuk jualan GBS, jualan e-commerce mahupun outright purchase.
  2. Pelanggan perlu untuk melantik wakil daripada kalangan kakitangan GB Gold yang bertugas pada hari transaksi untuk menerima emas bagi pihak pelanggan secara lani, dengan niat memenuhi syarat taqabudh hukmi (serahan secara konstruktif) dalam satu majlis akad.

Sehubungan itu, Penasihat Shariah berpendapat, aturan ini selaras dengan selaras dengan piawaian Shariah yang telah ditetapkan oleh badan Shariah berautoriti seperti AAOIFI dan Bank Negara Malaysia (BNM).

  • AAOIFI Shariah Standard No. 57: Gold and Its Trading Controls, Klausa 5/1/3:

 "Harus melantik ejen untuk membeli dan menerima emas (Wakalah).

  • Dokumen Polisi Bai‘ al-Sarf oleh Bank Negara Malaysia juga memperuntukkan:

o Perkara 11.3: “Mana-mana pihak dalam bai‘ al-sarf boleh melaksanakan kontrak melalui seorang ejen (wakil).”

o Perkara 14.1: “Serahan dan penerimaan barang ribawi hendaklah berlaku sepenuhnya sebelum berakhirnya majlis akad.”

o Perkara 15.1: “Pihak-pihak dalam bai‘ al-sarf boleh melantik ejen untuk melaksanakan kontrak dan menerima serahan bagi pihak mereka.”

Penasihat Shariah turut menasihatkan supaya setiap pembelian atas talian perlu mencatatkan secara automatik nama kakitangan yang menerima pelantikan sebagai wakil pelanggan pada hari tersebut. Ini bertujuan untuk menjamin kejelasan mandat dan akauntabiliti kepada wakil bagi serahan penerimaan emas dan juga pengurusan penyimpanan emas bagi pihak pelanggan.

Justeru, GB Gold akan sentiasa memastikan hanya pekerja yang masuk bertugas pada satu satu hari sahaja itu sahaja yang namanya akan terpapar pada sistem sebagai wakil penerimaan bagi pihak pelanggan. Dari sudut hukum Shariah, tiada had tertentu bagi jumlah petugas yang menjadi ‘wakil’ bagi pelanggan, sama ada seorang sahaja bagi hari tertentu atau beberapa orang. Apa yang penting adalah pada waktu sesuatu transkasi itu berlaku, terdapat petugas yang bertugas di pejabat akan menjadi wakil sama ada kepada satu transkasi atau beratus transkasi pelanggan pada hari tersebut.

Keputusan Majlis Shariah AAOIFI dalam hal Wakalah (wakil) antaranya menyebut :

Segala yang secara uruf menunjukkan bahawa seseorang mewakilkan orang lain untuk bertindak bagi pihaknya dalam urusan.

Ia terdiri daripada ijab (pelawaan) dan qabul (penerimaan), dan tidak disyaratkan menggunakan lafaz tertentu.

Bahkan, kedua-duanya sah dengan apa sahaja yang menunjukkan maksud tersebut, sama ada melalui perkataan, tulisan, mesej, atau isyarat.

Penerimaan juga dianggap sah dengan diam, sekiranya wakalah itu tanpa upah. Namun, ia terbatal jika ditolak secara jelas. (Ma’yir Syariyyah, AAOIFI, standarad no 23, hlm 618).

Bagi memastikan kepatuhan secara berterusan, Penasihat Shariah juga telah menetapkan pelaksanaan semakan dan audit Shariah secara berkala untuk memastikan semua aturan dan mekanisme yang ditetapkan ini terus diamalkan secara konsisten dan sistematik oleh GB Gold.

Pihak Pengurusan GB Gold Malaysia mengharapkan kenyataan ini memberi penjelasan tentang perlaksanaan wakalah dalam transaksi jual beli emas di GB Gold. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

More News