Processing...
My Cart 0
Shopping Cart Updated
Some product in your cart has been removed. Please check your order before you proceed to checkout.
If you added vouchers with other product, vouchers will be removed form cart. You cannot combine voucher with other products.

Newsroom

GB Gold hasilkan emas edisi khas bentuk keris

Last updated: 16/07/2025

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen (kanan) bersama Alif Satar (kiri) ketika pelancaran koleksi emas berbentuk keris 1 gram dan 1 dinar di GB Gold Shah Alam. - FOTO Asyraf Hamzah
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Shahfizzam Moideen (kanan) bersama Alif Satar (kiri) ketika pelancaran koleksi emas berbentuk keris 1 gram dan 1 dinar di GB Gold Shah Alam.
- FOTO Asyraf Hamzah

Shah Alam: GB Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menghasilkan emas edisi khas berbentuk keris, simbol warisan Melayu dengan menyasarkan jualan sebanyak 30,000 unit bagi dinar dan jongkong emas segram.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Malaysia, Shahfizzam Moideen berkata, produk itu menjadi taruhan terbaru syarikat dalam menggabungkan seni warisan dengan simpanan berbentuk emas yang dijangkakan sentiasa meningkat nilainya daripada semasa ke semasa.

Katanya, edisi eksklusif itu menampilkan rekaan keris yang diukir halus dan diperbuat sepenuhnya daripada emas tulen 999.9, menjadikannya bukan sahaja lambang warisan yang harus dipelihara tetapi juga sebagai simpanan yang diyakini nilainya.

"Ia direka khusus untuk menarik perhatian pengumpul, pelabur serta pencinta seni warisan tempatan dan emas berbentuk keris ini bukan biasa-biasa sebaliknya sengaja dicipta sebegini bagi menarik minat generasi muda dalam simpanan emas.

"Pada saya, ia adalah perlindungan kekayaan yang terbukti sepanjang zaman dan dengan rekaan keris ini, kami bukan sahaja memartabatkan identiti budaya, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk menyimpan emas dengan pelbagai rekaan yang menarik," katanya kepada media di majlis pelancaran Koleksi Pusaka Bangsa GB Gold dan pelantikan semula Alif Satar sebagai duta rasmi GB Gold di sini baru-baru ini.

 

Pelancaran koleksi emas berbentuk keris 1 gram dan 1 dinar di GB Gold Shah Alam. FOTO Asraf Hamzah
Pelancaran koleksi emas berbentuk keris 1 gram dan 1 dinar di GB Gold Shah Alam. FOTO Asraf Hamzah

 

Shahfizzam berkata, pelabur emas di negara ini kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam pembelian emas jongkong dan dinar dengan bentuk yang menarik dan lebih bermotivasi dalam simpanan emas.

Beliau berkata, pihaknya juga mempunyai lebih 30,000 ejen rasmi GB Gold di seluruh negara dan menyasarkan penambahan ejen sebanyak 100,000 menjelang akhir tahun ini.

"Simpanan emas kini bertambah menarik dan dapat dinikmati rakyat negara ini yang ingin mencari alternatif selamat dan stabil menghadapi ketidaktentuan ekonomi," katanya.

"Dengan penawaran rekaan eksklusif ini, GB Gold secara tak langsung dapat mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju emas berbentuk pertama di negara ini di samping memberi jaminan kualiti, ketulenan dan nilai masa depan," katanya.

Beliau berkata, koleksi edisi terhad terbabit hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan dijangka menjadi rebutan pembeli sebaik ia mula dipasarkan dan koleksi baru ini boleh didapati melalui platform jualan rasmi GB Gold termasuk TikTok Live, laman sesawang rasmi dan wakil jualan terpilih.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2025/07/1241460/gb-gold-hasilkan-emas-edisi-khas-bentuk-keris

-

More News