Program Simpan dan terbang merupakan anjuran Syarikat GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) di mana tempoh penyertaan antara 1 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026 dan tertakluk kepada terma dan syarat.
1. Terbuka kepada semua pelanggan serta semua peringkat ejen GB Gold, tanpa mengira jawatan selagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
2. Tidak memerlukan sebarang langganan Landing Page atau pelan langganan tambahan.
3. Bagi melayakkan diri, peserta hendaklah mengekalkan simpanan minimum satu (1) gram emas dalam akaun Gold Bullion Storage (GBS) sepanjang tempoh kelayakan.
4. Setiap pembelian minimum 1gram emas melalui GBS akan melayakkan peserta menerima satu (1) penyertaan cabutan bertuah. (Rujuk syarat no 7 dan 10)
5. Jumlah pembelian gram yang lebih tinggi akan meningkatkan peluang penyertaan dan kebarangkalian kemenangan dalam cabutan bertuah.
6. Peserta perlu memastikan simpanan 1gram emas dalam GBS tidak ditebus, dikeluarkan atau dikurangkan sehingga di bawah paras kelayakan sebelum tarikh cabutan. Kegagalan mematuhi perkara ini akan menyebabkan penyertaan terbatal secara automatik.
7. Ganjaran tawaran dalam bentuk pakej percutian, dengan destinasi dan jadual yang akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak GB Gold Sdn. Bhd. dan pelaksanaan adalah mengikut bulan dari Februari 2026 hingga Disember 2026. Ganjaran ini tidak boleh ditukar kepada wang tunai, baucar atau apa-apa bentuk pampasan lain.
8. GanjaranPercutian untuk tempoh Februari hingga Mei, syarat kelayakan adalah pembelian satu (1) gram emas melalui GBS (untuk 1 penyertaan) serta pengekalan simpanan minimum satu (1) gram emas di dalam GBS sepanjang tempoh satu (1) bulan bagi bulan ganjaran berkenaan.
9. Bagi ganjaran percutian Jun, peserta hendaklah mencapai pembelian emas terkumpul minimum dua puluh (20) gram dari Januari hingga Jun untuk melayakkan satu (1) penyertaan, dan pada masa yang sama mengekalkan simpanan minimum satu (1) gram emas di dalam GBS sepanjang Januari hingga Jun.
10. Bagi ganjaran percutian untuk tempoh Julai hingga November, syarat kelayakan adalah pembelian minimum satu (1) gram emas melalui GBS melayakkan untuk 1 penyertaan serta pengekalan simpanan minimum satu (1) gram emas dalam GBS sepanjang tempoh satu (1) bulan ganjaran berkenaan.
11. Sementara bagi ganjaran bulan Disember, peserta hendaklah mencapai pembelian emas terkumpul minimum lima puluh (50) gram dari Januari hingga Disember untuk melayakkan satu (1) penyertaan, serta mengekalkan simpanan minimum satu (1) gram emas dalam GBS sepanjang tempoh Januari hingga Disember.
12. Tarikh perjalanan, destinasi percutian serta butiran ganjaran adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan dan penetapan GB Gold Sdn. Bhd.
13. Semua sesi cabutan bertuah akan dilaksanakan pada minggu pertama bagi bulan berikutnya, tertakluk kepada jadual dan penetapan GB Gold Sdn. Bhd.
14. Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh hebahan rasmi di media sosial GB Gold. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan hak tuntutan terbatal secara automatik, tanpa sebarang gantian.
15. Sekiranya peserta gagal menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, atas apa jua alasan, ganjaran akan terbatal secara automatik dan tidak akan diganti dalam apa-apa bentuk.
16. Ganjaran percutian ini tidak boleh dipindah milik, dijual atau dituntut oleh mana-mana pihak ketiga.
17. Sebarang kos tambahan yang tidak termasuk dalam pakej percutian yang ditawarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya peserta.
18. GB Gold Sdn. Bhd. berhak untuk membatalkan penyertaan atau kelayakan mana-mana peserta sekiranya didapati berlaku penipuan, manipulasi maklumat, penyalahgunaaan sistem atau pelanggaran terhadap mana-mana polisi dan peraturan syarikat.
19. GB Gold Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah, menambah atau meminda mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
20. Segala keputusan GB Gold Sdn. Bhd. adalah muktamad, dan sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dipertimbangkan.
21. Semua syarat, ketetapan, mekanisme cabutan, kelayakan penyertaan, penentuan pemenang, tarikh cabutan, tempoh tuntutan hadiah serta sebarang perkara berkaitan program ini tertakluk sepenuhnya kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh GB Gold Sdn. Bhd.