Last updated: 25/05/2025
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia), Tuan Shahfizzam Moideen antara penerima anugerah Islamic Distinguished Enterprise Award 2025 (IDEA Award 2025), di Putrajaya malam tadi.
Majlis anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce itu menyaksikan Tuan GB dinobatkan sebagai penerima Crown Of Commerce Brand Award.
Menurut beliau, pengiktirafan tersebut bukan sekadar trofi kemenangan bahkan bukti usaha, ketekunan dan pengorbanan yang mula menampakkan hasil.
"Ia adalah pengiktirafan yang membuka semangat, yang membuka lebih ruang dan peluang agar GB Gold Malaysia lebih maju pada masa depan," katanya.
Jelas beliau, anugerah itu secara tak langsung membuka ruang buat GB Gold Malaysia untuk terus berkarya dan berdaya saing.
IDEA Award 2025 adalah pengiktirafan besar buat para usahawan syarikat Islam di negara ini.
Merupakan satu pengiktirafan tertinggi yang mengangkat nilai integriti syarikat berlandaskan kepercayaan nilai Islam dalam etika dan pematuhannya.
More News