Last updated: 01/08/2025
GB Gold Sdn. Bhd. (GB Gold Malaysia) memperkenalkan dua design terbaharu edisi terhad Merdeka hari ini.
Ini merupakan julung kali edisi terhad itu dihasilkan dalam dua design berbeza bagi membolehkan peminat emas di negara ini membuat pilihan rekaan kegemaran mereka.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Shahfizzam Moideen atau Tuan GB, ciri-ciri menarik kedua-dua rekaan sarat dan padan dengan nilai kemerdekaan yang membangkitkan sejarah lampau perjuangan orang-orang terdahulu termasuk parajurit negara.
"Merdeka bukan sekadar tarikh, bagi saya, Merdeka tu tanda kita hargai setiap titik peluh pejuang dulu. Dan tahun ni, saya abadikan semangat tu dalam bentuk simpanan paling bernilai emas," kata beliau.
Kedua-dua rekaan berlatar warna putih dan coklat itu setiap satu design dihasilkan sebanyak 500 unit sahaja.
Serlahkan semangat merdeka dan buktikan rasa cinta negara dengan cara tersendiri sebagai pengumpul emas.
Emas edisi terhad Merdeka itu kini dijual di website GB Gold Malaysia, gbgold.my
More News