Last updated: 30/06/2026
Pernah tak korang perasan, ramai anak muda hari ini memang pandai bergaya. Telefon 'wajib' model terkini, kasut berjenama, pakaian ikut trend, kopi viral hampir setiap hari, hujung minggu pula mesti ada aktiviti atau percutian. Sekali pandang, memang nampak kehidupan mereka serba lengkap dan mewah.
Tetapi bila diajak berbual tentang simpanan emas, jawapan yang selalu keluar ialah, 'maaf masih belum mampu lagi', 'tunggulah gaji besar sikit', atau 'sekarang banyak komitmen'.
Hakikatnya, mereka bukan tak mampu. Cuma mereka belum nampak kepentingannya.
Kita hidup dalam zaman yang semuanya serba pantas. Apa yang dipaparkan di media sosial, sedikit demi sedikit membentuk cara kita berfikir. Apabila setiap hari melihat orang berkongsi telefon baharu, pakaian berjenama, makan di tempat mahal dan bercuti ke sana sini, kita mula rasa itulah ukuran kejayaan. Tanpa sedar, kita berlumba-lumba untuk kelihatan berjaya macam mereka walaupun keadaan kewangan belum benar-benar stabil.
Tak salah pun nak menikmati hasil titik peluh sendiri. Bekerja keras memang wajar dihargai. Tetapi persoalannya, adakah setiap bulan korang hanya membeli perkara yang membuatkan orang kagum, atau korang juga sedang membina sesuatu yang boleh membantu diri sendiri pada masa hadapan?
Ramai sanggup membayar ansuran beratus-ratus ringgit setiap bulan untuk memiliki barangan yang nilainya semakin susut. Bila tiba masa untuk menyimpan emas, tiba-tiba RM100 pun terasa berat. Sedangkan kalau dihitung semula, jumlah yang dibelanjakan untuk perkara-perkara kecil setiap bulan sebenarnya sudah cukup untuk memulakan simpanan sedikit demi sedikit.
Tipulah kalau dikatakan tak mampu nak menyimpan. Sebab zaman sekarang dah terlalu banyak saluran simpanan emas. Di GB Gold misalnya, nak mula menyimpan serendah RM10 pun boleh. Tanpa tekanan, tanpa rasa tersiksa. Boleh kumpul ikut bajet dan lebih mesra pengguna.
Inilah bezanya antara yang membeli untuk kepuasan hari ini dengan menyimpan untuk ketenangan hari esok.
Satu lagi perkara yang sering menjadi salah faham ramai ialah menganggap emas hanya untuk orang yang berduit. Mereka membayangkan perlu membeli dalam jumlah yang besar, sedangkan realitinya simpanan boleh dimulakan mengikut kemampuan. Yang penting bukan berapa banyak korang bermula, tetapi sejauh mana korang mampu konsisten.
Percayalah, tiada siapa yang terus mempunyai simpanan yang besar dalam sehari. Semua bermula dengan langkah pertama. Sedikit demi sedikit, lama-kelamaan ia menjadi sesuatu yang bernilai.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk menjaga imej sehingga terlupa menjaga masa depan. Kita mahu orang nampak kita berjaya hari ini, tetapi tidak membuat persediaan jika suatu hari nanti berlaku perkara yang tidak dijangka. Sedangkan kehidupan tidak sentiasa berada di atas. Akan ada masa ekonomi berubah, kos sara hidup meningkat, atau kita berdepan situasi yang memerlukan simpanan.
Ketika itulah korang akan sedar bahawa pujian orang terhadap gaya hidup kita tidak mampu membantu menyelesaikan masalah.
Kemewahan sebenar bukan terletak pada apa yang dipakai, dipandu atau dipamerkan. Kemewahan sebenar ialah apabila korang mempunyai sesuatu yang boleh dijadikan sandaran ketika diperlukan. Mungkin ia tidak mendapat ribuan tanda suka di media sosial, tetapi nilainya mampu memberi ketenangan yang tidak boleh dibeli dengan pujian manusia.
Sebab itu, jangan terlalu sibuk mengejar gaya sehingga terlupa membina nilai. Biarlah orang tidak tahu apa yang korang simpan hari ini. Tak mengapa kalau korang tak nampak semewah orang lain. Yang lebih penting ialah beberapa tahun akan datang, korang tidak menyesal kerana pernah mengutamakan penampilan berbanding persediaan untuk masa depan.
Kerana akhirnya, orang mungkin hanya mengingati apa yang korang pakai untuk beberapa saat. Tetapi apa yang korang simpan hari ini mungkin menjadi penyelamat pada saat yang paling korang perlukan.
More Articles